Arnold Schwarzenegger Bakal Kembali dalam Filem TERMINATOR buat kali ke-6!

136

Written by:

“I’ll be back..”

Dengan prestasi box-office Terminator: Genisys yang kurang memberangsangkan, ramai beranggapan bahawa masa hadapan francais kegemaran ramai ini tampak kelam untuk sebuah lagi sekuel filem.

Pihak Paramount juga telah menarik balik pengumuman untuk sekuel filem tersebut pada bulan Mac lalu dan sekaligus menafikan tayangan filem tersebut pada Jun tahun hadapan. Malah sebelum ini, Emilia Clarke (Game of Thrones, Me Before You) yang pernah tampil sebagai salah seorang teraju utama dalam Terminator Genisys turut telah menolak sebarang peluang atau kemungkinan untuk kembali sebagai Sarah Connor.

Walau bagaimanapun, bintang utama francais ini iaitu Arnold Schwarzenegger telah mengesahkan bahawa sebuah filem baharu yang akan diterbitkan oleh pengarah, James Cameron akan menemui kita tidak lama lagi. Malah beliau juga turut mengesahkan kemunculan semula sebagai watak Terminator siri T-800!

Menurut sumber yang dipetik dari Screen Daily, bintang Conan the Barbarian, Predator dan The Expendables itu mengaku sudah bertemu dengan James Cameron untuk membincangkan halatuju filem tersebut.

Dengan nada sangat teruja, beliau berkata:

“It is back! It is moving forward. James Cameron has some good ideas of how to continue with the franchise. I will definitely be in this next movie..”

Pengarah tersebut yang masih memegang hakcipta dan lesen francais itu sehingga tahun 2019, dilaporkan pernah berbincang dengan pengarah filem Deadpool, Tim Miller untuk menghasilkan filem sebuah reboot yang bertindak sebagai jalan cerita terakhir saga Terminator. Pengarah yang pernah meraih banyak anugerah untuk filem blockbuster seperti Avatar dan Titanic itu juga percaya bahawa sebuah filem Terminator baharu dan relevan dengan perkembangan global semasa perlu wujud demi memenuhi hasrat peminat di mana jua.

Francais filem ini bermula dengan The Terminator (1984), Terminator 2: Judgment Day (1991), Terminator 3: Rise of the Machines (2003), Terminator Salvation (2009) dan yang mutakhir, Terminator Genisys (2015).

Last modified: May 21, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *