Pandang Pertama Poster Rasmi untuk Filem Remake Bollywood RAMBO lakonan Tiger Shroff!

232

Written by:

Rambo bakal menyerang Bollywood!

Pengarah dan penerbit filem Siddharth Anand telah berganding bahu bersama bintang Bollywood dan pakar seni mempertahankan diri dari India, Tiger Shroff untuk penghasilan semula (remake) secara rasmi untuk filem Rambo. Filem aksi perang yang pernah dipopularkan oleh Sylvester Stallone sejak tahun 1982 itu dijadual untuk memulakan penggambaran prinsipal pada Februari 2018 dan tayangan rasmi pada penghujung tahun yang sama.

Siddharth Anand and Tiger Shroff akan mengumumkan projek tersebut secara rasmi sempena Festival Filem Cannes pada minggu hadapan.

Filem penuh aksi itu akan menceritakan tentang kisah seorang anggota elit dan berpengalaman Angkatan Tentera India yang kembali ke kampung halamannya yang dilanda ancaman perang. Terpaksa mengharungi hutan rimba tebal dan pergunungan salji dingin beku di Banjaran Himalaya, Rambo telah meledakkan kehebatan sebenar beliau serta menjadi seorang wira pemusnah yang tidak terkalahkan.

M! Capital Ventures, Original Entertainment, Impact Films dan Siddharth Anand Pictures akan menjadi penerbit bersama untuk filem ini. Original Entertainment sebelum ini telah menandatangani perjanjian sebanyak lima buah filem dengan Millennium Films pada tahun 2013 untuk remake Bollywood filem Rambo, The Expendables, 16 Blocks, 88 Minutes dan Brooklyn’s Finest.

Untuk makluman semua juga, filem ini tidak ada kaitan dengan laporan yang pernah kami dedahkan DI SINI.

Lihat poster rasmi filem remake Rambo tersebut di bawah ini:

Last modified: May 21, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *