SPIDER-MAN: HOMECOMING Kembalikan Lagu Tema Siri Animasi 1967 dalam Versi Orkestra!

154

Written by:

AnimasiFilemKomikSemasaTV

Komposer tersohor Michael Giacchino telah menghasilkan banyak skor muzik hebat untuk banyak siri televisyen, permainan video dan juga filem sejak lebih sedekad yang lalu.

Antara yang terkini adalah Doctor Strange, Rogue One: A Star Wars Story serta Spider-Man: Homecoming. Dan sebagai salah satu tanggungjawab utama beliau dalam projek tersebut adalah melahirkan adunan semula lagu tema dari siri animasi televisyen klasik Spider-Man yang pernah popular sekitar tahun 1967 dalam versi orkestra.

Untuk membuktikannya, beliau telah berkongsi rakaman skor muzik rasmi untuk filem tersebut menerusi akaun rasmi Twitter beliau di bawah ini:

Sama ada rakaman tersebut dapat kita dengar secara rasmi dalam filem itu kelak atau hanya sekadar latihan untuk anggota orkestra Michael Giacchino, bakal didedahkan tidak lama lagi.

Filem Spider-Man: Homecoming diarahkan oleh Jon Watts dan dibintangi oleh Tom Holland, Michael Keaton, Zendaya, Donald Glover, Jacob Batalon, Laura Harrier, Tony Revolori, Tyne Daly, Bokeem Woodbine, Marisa Tomei serta Robert Downey Jr. untuk tayangan 7 Julai, 2017.

Last modified: May 20, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *