Tom Hardy Disahkan sebagai Teraju Utama Filem Spin-Off VENOM!

101

Written by:

Satu pilihan dan keputusan yang hebat!

Awal hari ini, Sony Pictures dengan secara rasmi telah mengumumkan nama dan pelakon calon Anugerah Academy, Tom Hardy (The Revenant, Mad Max: Fury Road) sebagai teraju utama Eddie Brock untuk file R-rated adaptasi komik berjudul Venom.

Projek berprofil tinggi ini sedang dibangunkan secara agresif oleh pihak studio dan bukan hanya sekadar sebuah filem spin-off Spider-Man. Kami menerima laporan yang mengesahkan bahawa pihak Sony Pictures juga bakal  mewujudkan semesta sinematik mereka sendiri yang terdiri daripada watak-watak Marvel di dalam simpanan mereka. Masih tidak dapat dipastikan sama ada musuh ketat beliau iaitu Peter Parker/Spider-Man lakonan Tom Holland (Spider-Man: Homecomingakan membuat kemunculan penuh atau cameo menerusi filem ini kelak.

Tom Hardy yang turut dilaporkan sebagai seorang peminat setia watak Venom memiliki latar belakang serta pengalaman mantap beraksi dalam filem adaptasi komik. Beliau pernah muncul sebagai Bane The Dark Knight Rises (2012), malah pernah dilamar untuk menjayakan filem X-Men: Apocalypse (2016) dan Suicide Squad (2016).

Ruben Fleischer (Zombieland) akan mengarahkan filem ini dengan skrip ditulis oleh Scott Rosenberg (Jumanji: Welcome to the Jungle) dan Jeff Pinkner (The Dark Tower).

Produksi dan penggambaran prinsipal dijangka bermula pada suku terakhir tahun ini dengan tarikh tayangan di pawagam seluruh dunia pada 5 Oktober 5, 2018.

Last modified: May 20, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *