Apakah Nathan Fillion Bakal Kembali sebagai Simon Williams/Wonder Man selepas GUARDIANS OF THE GALAXY VOL. 2?

194

Written by:

Ini ada satu perkembangan terkini yang amat menarik.

Apabila filem Guardians of the Galaxy Vol. 2 menjalani penggambaran untuk beberapa babak penting yang berlatarbelakangkan bumi, ramai penonton dan peminat tegar peka akan satu babak di mana terdapat acara festival filem yang membabitkan watak Simon Williams/Wonder Woman dalam paparan poster yang dilakonkan oleh Nathan Fillion.

Dan kami pernah melaporkan berita di atas dalam laporan DI SINI.

Salah satu daripada poster dan filem yang dipaparkan adalah sebuah parodi/adaptasi ala Steve Jobs lakonan Michael Fassbender yang diubah teraju utamanya kepada Tony Stark!

Dalam entri terkini James Gunn di laman akaun rasmi Facebook beliau, pengarah tersebut ada menerangkan secara terperinci tentang usaha kerasnya untuk mewujudkan satu watak cameo untuk rakan karibnya itu. Ini sekaligus membolehkan Nathan Fillion mengetuk pintu masuk secara langsung atau tidak langsung ke dalam Semesta Sinematik Marvel (MCU) berdasarkan kontinuiti dan kesinambungan cerita.

Tambah pengarah itu lagi, watak Simon Williams/Wonder Man kini secara logik dan rasional kini memang rasmi wujud dalam MCU. Cuma hanya masa dan waktu sahaja akan menentukan sama ada ia akan ditampilkan secara khusus menerusi filem-filem Marvel Studios yang akan datang.

Lihat entri terkini akaun rasmi Facebook James Gunn tersebut di sini:

Last modified: May 18, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *