Poster Promosi THE LAST JEDI Dedahkan “Kejutan Terbesar” dalam Sejarah Filem Star Wars!

225

Written by:

AnimasiFilemGamingKomikSemasa

Jelas sekali apabila filem Star Wars Episode VIII: The Last Jedi arahan Rian Johnson ditayangkan pada hujung tahun ini nanti, ada beberapa kejutan bakal menanti.

Namun, apakah kejutan ini merupakan yang terbesar sekali dalam sejarah francais filem Star Wars sejak diperkenalkan pada tahun 1977?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ini adalah satu kenyataan berani yang telah didedahkan dalam satu poster promosi asal Jepun menerusi portal web StarWarsNewsNet.com semalam. Poster ini turut menyatakan kisah pengembaraan akhir Kylo Ren menuju kegelapan (Dark Side), misi baharu Jeneral Leia Organa Solo dan banyak lagi.

Poster promosi tersebut boleh dilihat di bawah ini:

Berikut merupakan terjemahan ringkas untuk teks berbahasa Jepun tersebut:

“The Most Shocking Truth In Star Wars History Will Soon Be Revealed!

A new generation’s tale of the struggles of light and dark, virtue and evil has begun with the death of Han Solo. In a Galaxy where First Order and the Resistance are fighting against each other in a war, the heroine, Rey, had the Force awaken within her. What will happen to the galaxy when Rey and the only remaining Jedi knight, Luke Skywalker, meet?

Kylo Ren has fallen to the Dark Side of the Force and killed his father, Han Solo. As a successor of his grandfather, Darth Vader, and a high ranking enforcer in the First Order, where will his ambition lead him to? Furthermore, Kylo Ren’s mother, the leader of the Resistance, Leia, Poe, Finn, and BB-8, will embark on a new mission!

The story has finally begun and it will lead to a mysterious climax! December 15. Be ready for the shocking truth surpassing the previous stories!”

Sudah tentu, ada kemungkinan besar fakta serta kenyataan yang tertera di atas ini hanyalah gimik atau kebenaran sebenar yang sengaja dimanipulasikan berdasarkan spekulasi selepas plot cerita Star Wars Episode VII: The Force Awakens berlangsung.

Apa pula pendapat anda?

Nyatakan komen dan teori anda seperti biasa menerusi ruangan biasa di bawah ini:

Last modified: May 18, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *