Tonton Treler Rasmi Sulung Siri Televisyen Parodi STAR TREK berjudul THE ORVILLE!

238

Written by:

AnimasiFilemKomikSemasaTV

Anda mahu parodi dan komedi angkasa lepas yang lain dari yang lain?

Fox baharu sahaja mendedahkan sebuah treler rasmi untuk siri televisyen ciptaan Seth MacFarlane (Family Guy, Ted, A Million Ways to Die in the West) yang merupakan parodi kepada francais popular Star Trek.

Dengan judul The Orville, cerita ini berlangsung 300 tahun di masa hadapan dan mengikuti kisah pengembaraan krew kapal angkasa U.S.S. Orville. Ia bakal diterajui oleh seorang duda bernama Ed (Seth MacFarlane) dan dilantik sebagai kapten pesawat tersebut buat kali pertama. Tanpa diduga bekas isteri beliau Kelly Grayson (Adrianne Palicki dari G.I JoeMarvel’s Agents of S.H.I.E.L.D.) juga akan turut serta dalam ekspedisi ini bersama krew-krew lain yang pelik dan aneh belaka.

Kemunculan spoof Star Trek ini dilihat sebagai satu perkembangan menarik kerana CBS juga bakal melancarkan siri televisyen baharu musim pertama Star Trek: Discovery di saluran CBS All Access. Ia dilaporkan berlangsung sedekad selepas kali terakhir krew asal di bawah teraju Kapten James T. Kirk dan Spock muncul ke udara (1966-1969) di bawah pimpinan bintang The Walking Dead, Sonequa Martin-Green sebagai Pegawai Turus First Officer Michael Burnham.

Episod pengenalan telah diarahkan oleh Jon Favreau (Iron Man, Jungle Book, Cowboys & Aliens) dan beliau juga turut berkhidmat sebagai penerbit eksekutif dan juga penasihat siri drama komedi ini.

Tonton treler rasmi sulung untuk The Orville di bawah ini:

Siri televisyen The Orville sebanyak 13 episod untuk Musim Pertama ini bakal ke udara setiap Khamis pada jam 9 malam waktu tempatan di saluran Fox menjelang suku terakhir 2017.

Last modified: May 16, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *