Projek Permainan Video Tanpa Judul Ini Hadir dengan Inspirasi Keras karya Möebius!

157

Written by:

AnimasiGamingKomikMangaSemasa

Sebuah studio kreatif independen yang terletak di utara London kini sedang giat menghasilkan sebuah projek permainan video dengan efek serta visual amat mengagumkan.

Tapi sebelum anda meletakkan sebarang harapan tinggi terhadap projek ini, dimaklumkan terlebih awal bahawa ia hanyalah sebuah prototaip sahaja setakat ini.

Malah, permainan video tersebut masih belum memiliki nama rasmi termasuk kaedah gameplay sebenar.

Ia sedang dimajukan oleh dua orang belia di bawah studio Shedworks, Gregorios Kythreotis dan Daniel Fineber. Sebelum ini mereka pernah menghasilkan beberapa permainan video lain yang agak hebat juga dalam portfolio projek mereka. Apa yang amat menarik perhatian kami adalah, gambaran dan inspirasi visual permainan video ini seolah-olah diambil dari semangat dan gaya ilustrator dan pelukis komik legenda, Jean Henri Gaston Giraud atau cukup popular dengan gelaran Möebius!

Menurut salah seorang daripada mereka iaitu Gregorios Kythreotis, pasukan ini tidak bersedia lagi untuk berkongsi sebarang perincian dan maklumat yang ada tentang permainan video tersebut. Apabila diajukan soalan mengapa, jelas sekali jawapannya adalah kerana ia masih lagi dalam fasa awal. Berdasarkan paparan yang ada setakat ini menerusi laman web dan Twitter, terdapat elemen-elemen perlumbaan dan pengembaraan atau mungkin ianya lebih daripada apa yang kita sangkakan selepas projek ini siap 100%.

Ia menggunakan perisian Unity tetapi bukan untuk platform mobil konvensional. Tiada juga didedahkan apakah platform lanjutan yang akan diaplikasikan kelak.

Selain Möebius, kita juga dapat melihat pengaruh mangaka hebat Katsuhiro Otomo, Studio Ghibli dan juga Star Wars.

Lebih mengagumkan, banyak rujukan senibina arkitektural sama diterapkan yang berasal dari Metabolis dan Scarpa serta artis-artis seni moden seperti Simon Stålenhag, Ian McQue, Thomas Romain dan Jared Muralt.

Untuk perkongsian dan paparan projek setakat ini, anda dapat melihatnya di bawah ini atau layari laman blog rasmi Shedworks DI SINI:

Last modified: May 16, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *