Pandang Pertama Watak Paul McCartney dalam PIRATES OF THE CARRIBEAN: SALAZAR’S REVENGE!

264

Written by:

Lagi kemunculan khas untuk sebuah filem blockbuster Hollywood.

Anggota kumpulan legenda The Beatles, Paul McCartney yang menjalani penggambaran cameo secara senyap-senyap untuk filem Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales atau dengan judul Pirates of the Caribbean: Salazar’s Revenge di luar Amerika Syarikat hari ini telah mendedahkan kelibat penuh beliau lengkap berkostum lanun  di media sosial.

Dalam satu foto promo dengan teks #PiratesLife, bintang pop ternama itu tampil dengan rambut berwarna arang yang panjang, solekan eye-shadow berat sambil mengenakan bandana dan topi lanun yang seolah-olah dililit kain songket.

Bassis utama The Beatles itu juga sedang memegang kad terup sambil memerhati tajam ke arah lensa kamera seperti yang dapat kita lihat di bawah ini:

#PiratesLife #PaulMcCartney ☠️

A post shared by Paul McCartney (@paulmccartney) on

Paul McCartney bukan anggota kumpulan muzik rock besar pertama yang pernah muncul dalam francais ini.

Pemain gitar utama, penyanyi, komposer dan anggota kumpulan Rolling Stones, Keith Richards pernah tampil sebagai Kapten Teague iaitu ayahanda kepada Jack Sparrow dalam dua buah filem terdahulu, Pirates of the Caribbean: At World’s End (2007) dan Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides (2011).

Biarpun tiada sebarang penerangan diberi, ada sumber-sumber yang mengesahkan bahawa Paul McCartney akan berperanan sebagai watak pengawal penjara.

Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales/Salazar’s Revenge akan berada di pawagam seluruh dunia pada 26 Mei, 2017.

Last modified: May 13, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *