Anya Taylor-Joy Disahkan sebagai Magik dan Maisie Williams sebagai Wolfsbane dalam NEW MUTANTS!

217

Written by:

Lagi wajah-wajah segar untuk generasi mutan era hipster.

Sumber dari The Hollywood Reporter menerima laporan bahawa bintang baharu yang sedang meningkat naik Anya Taylor-Joy dan Maisie Williams telah disahkan untuk bersama pengarah Josh Boone dalam filem spin-off X-Men iaitu New Mutants.

Anya Taylor-Joy akan memegang peranan sebagai Illyana Nikolievna Alexandria Rasputina atau lebih dikenali dengan nama Magik, manakala Maisie Williams bakal menghidupkan watak Rahne Sinclair iaitu Wolfsbane.

Laporan sama turut mendedahkan bahawa anggota-anggota lain turut akan dinamakan dalam masa terdekat ini yang terdiri daripada Danielle Moonstar, Sunspot, Cannonball dan Warlock. Difahamkan bahawa pihak studio sedang berusaha untuk mendapatkan barisan pelakon dan watak yang terdiri dari berbilang kaum serta latarbelakang, terutama sekali untuk watak orang asal America, Moonstar dan pelakon asal Brazil untuk Sunspot.

Maisie Williams dikenali ramai kerana peranannya sebagai Arya Stark dalam siri popular Game of Thrones. Anya Taylor-Joy pula meraih perhatian atas mutu lakonannya yang hebat menerusi filem Split arahan pengarah/penerbit/penulis prolifik, M. Night Shyamalan.

Dalam perkembangan berkaitan, James McAvoy tidak akan muncul sebalah Professor Charles Xavier dalam filem ini sehingga tayangan X-Men: Dark Phoenix yang dijadualkan pada akhir 2018.

Produksi akan bermula pada bulan Julai ini dengan lebih banyak pendedahan pelakon bakal diumumkan tidak lama lagi. Jalan cerita untuk New Mutants masih lagi dirahsikan tetapi ramai peminat dan pengikut setia komik ini meramalkan ia bakal mengadaptasi saga “Demon Bear” yang pernah muncul dalam The New Mutants isu #18, 19, 20, 21 (1984) hasil karya klasik tulisan Chris Claremont dan lukisan Bill Sienkiewicz.

New Mutants akan berada di pawagam seluruh dunia pada 13 April, 2018.

Last modified: May 12, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *