Siri Animasi DEADPOOL Bakal Disiarkan untuk Saluran FXX Terbitan Donald Glover!

175

Written by:

AnimasiFilemKomikSemasaTV

Filem adaptasi komik Deadpool tahun lalu telah berjaya menghidupkan watak adiwira mutan bernama Wade Wilson dengan begitu cemerlang.

Dan rentetan kejayaan itu, sebuah siri animasi bakal menyusul tidak lama lagi dan akan disiarkan menerusi saluran FXX oleh penerbit dan pelakon Donald Glover (Spider-Man: Homecoming, The Martian, Han Solo: A Star Wars Story) di samping penulis dan adiknya sendiri, Stephen Glover.

Tidak banyak yang diketahui setakat ini.

Tetapi siri animasi yang bakal mendapat sambutan hangat ini akan mula disiarkan pada tahun hadapan dengan 10 episod untuk Musim Pertama. Eksekutif Marvel Television, Jeph Loeb dan juga Jim Chory turut terbabit sama dalam penghasilan projek tersebut.

Menurut satu kenyatan media hari ini, Jeph Loeb turut meluahkan perasaan terujanya:

“How much more fun could this be? Deadpool, Donald and FX. The perfect fit for the Merc with the Mouth. We’re thrilled that our relationship with FX that started with ‘Legion’ continues with what is sure to be a groundbreaking show in adult animation!”

Sama ada bintang utama Ryan Reynolds akan turut menjadi suara lakonan Deadpool untuk siri animasi ini, ia masih belum dapat dipastikan lagi. Dan sudah pasti ianya akan menjadi satu cabaran besar bagi menggantikan tempat beliau yang nyata cukup berkesan di layar pawagam.

Sementara itu, kita hanya perlu tunggu dan lihat apakah yang akan berlaku untuk projek ini.

Last modified: May 11, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *