Pengarah GAME OF THRONES Bakal Ambil Alih Filem Reboot R-Rated Terbaharu HELLBOY, Bintang STRANGER THINGS Dipilih Teraju Utama!

140

Written by:

Ini ada berita panas dari ‘neraka’.

Hati peminat-peminat Hellboy remuk teruk awal tahun ini apabila pengarah Guillermo del Toro mengumumkan bahawa filem ketiga pelengkap trilogi adaptasi komik filem tersebut telah terkubur secara serta-merta.

Namun begitu pada hari ini, kita telah berjaya memperolehi satu berita baik berkenaan perkembangan di atas.

Penulis, pelukis dan pencipta asal komik tersebut, Mike Mignola telah memuatnaik status ini menerusi Facebook rasmi beliau:


Biarpun kita tidak lagi dapat melihat kelibat Ron Perlman kembali berperanan selaku teraju utama di samping pengarah dua filem pertama, David Harbour tampak seperti pengganti yang amat sesuai sebagai adiwira makhluk berwarna merah dari neraka itu. Manakala Neil Marshall juga pernah tampil sebagai pengarah yang berwibawa dalam menghidupkan beberapa babak dan adegan paling dramatik serta berkesan menerusi siri sukaramai saluran HBO, Game of Thrones termasuk dua filem iaitu The Descent dan Dog Soldiers.

Setakat ini, tidak banyak yang dapat kami kongsikan untuk laporan di atas.

Reboot filem Hellboy ini akan diterbitkan oleh Larry Gordon dan Lloyd Levin untuk Millennium Films dengan kerjasama Dark Horse Entertainment.

Last modified: May 9, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *