Tonton Treler Rasmi Akhir untuk Filem WONDER WOMAN!

208

Written by:

Puteri Dewa Amazon, Diana dari Themyscira bakal turun ke turun ke bumi!

Setelah promosi demi promosi, publisiti demi publisiti, treler rasmi keempat dan terakhir untuk filem arahan Petty Jenkins, Wonder Woman telah ditayangkan malam tadi semasa acara MTV Movie Awards 2017 tonight.

Dan kita harus akui bahawa treler terbaharu ini merupakan yang terbaik pernah kita saksikan untuk filem tersebut.

Ia bermula dengan Puteri Diana ketika zaman kanak-kanaknya diberikan amaran oleh ibundanya tentang bahaya mempercayai dan menuruti alam manusia. Semuanya berubah apabila beliau berkeputusan untuk membantu dan menghalang ancaman yang bakal menakluki dunia.

Banyak babak-babak aksi dan adegan-adegan menarik telah diperlihatkan tetapi masih lagi tidak didedahkan kelibat Ares yang bertindak selaku seteru utama.

Tonton treler rasmi filem tersebut di bawah ini:

Wonder Woman akan berada di pawagam seluruh dunia pada 2 Jun ,2017.

Last modified: May 8, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *