SECRET EMPIRE #1 Hari Ini Menyaksikan Korban Pertama Seorang Watak Klasik Marvel!

277

Written by:

Marvel telah benar-benar melampaui batas kali ini dengan bermulanya siri komik Secret Empire #1.

Liputan meluas yang sudah mula tular di media sosial dan juga media utama menyaksikan peminat-peminat berbelah bahagi menantikan perkembangan terkini yang bakal berlaku kepada Captain America setelah beliau rasmi didedahkan sebagai agen Hydra, sebuah kumpulan militan yang amat sinonim dengan imej Nazi sejak zaman awal penubuhannya.

Walau bagaimanapun, dengan isu pertama yang telah mula dijual pada hari ini nampaknya semakin mencetus kontroversi lebih besar!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dilaporkan dengan lebih awal sebentar tadi oleh sumber dari Bleeding Cool, pembuka tirai komik ini menyaksikan Steve Rogers/Captain America berusaha untuk merekrut Rick Jones untuk menyertai Hydra. Dan apabila beliau enggan berbuat demikian, mantan ketua pasukan Avengers itu telah mengarahkan beliau dihukum bunuh oleh sekumpulan skuad penembak dan terkorban serta-merta sepertimana yang dapat disaksikan di bawah ini:

Ditembak dan dibunuh dengan kejam, ternyata peluang beliau untuk hidup adalah sifar apabila peluru bertalu-talu meluru ke arah tubuhnya.

Watak Rick Jones membuat penampilan sulung menerusi komik Incredible Hulk #1 (1962) sebagai seorang remaja yang secara tidak sengaja menyebabkan Dr. Bruce Banner bertukar menjadi gergasi agam berwarna hijau bernama Hulk akaibat letupan yang meledakkan radiasi gamma. Beliau turut memainkan peranan penting dalam majoriti perjalanan komik tersebut berdekad lamanya dan pernah menjadi sidekick Captain America selepas itu. Malah watak itu juga pernah berkhidmat untuk pasukan Avengers dan Captain Marvel.

Terkini, Rick Jones sendiri pernah terdedah kepada radiasi gamma dan boleh berubah menjadi gergasi biru bernama A-Bomb.

Pada peringkat ini, pasti ramai yang berfikir apakah Captain America nanti bakal kembali ke pangkal jalan? Apa pendapat anda dengan kejutan yang berlaku dalam komik Secret Empire isu #1 ini?

Komen anda seperti biasa menerusi ruangan di bawah.

Last modified: May 3, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *