Tonton Treler Rasmi Sulung untuk Siri Televisyen THE DEFENDERS!

164

Written by:

KomikSemasaTV

Treler rasmi sulung untuk The Defenders akhirnya telah tiba.

Dan ia padat dengan segala macam aksi dan adegan luarbiasa sepertimana yang diharapkan daripada sebuah drama sekumpulan adiwira jalanan dari Marvel dan Netflix.

Treler yang dinantikan ramai ini tidak membuang masa dan terus mempersembahkan pertemuan pertama di antara watak-watak teraju utama seperti Daredevil, Jessica Jones, Luke Cage dan Iron Fist. Kita juga dapat menyaksikan dengan lebih jelas kelibat Sigourney Weaver (Alien, Ghostbusters, Avatar) sebagai antagonis bernama Alexandra serta kembalinya watak Elektra, yang kelihatan lebih tepat dan sempurna seperti versi komik asal!

Tonton treler rasmi sulung The Defenders tersebut di bawah ini:

Ini pula adalah sinopsis rasmi untuk siri televisyen di atas:

“The Defenders follows Daredevil, Jessica Jones, Luke Cage and Iron Fist. A quartet of singular heroes with one common goal – to save New York City. This is the story of four solitary figures, burdened with their own personal challenges, who realize they just might be stronger when teamed together.”

The Defenders akan mula bersiaran menerusi saluran Netflix pada 18 Ogos, 2017.

Last modified: May 3, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *