Pengarang GAME OF THRONES, George R.R. Martin Baca Utusan Surat kepada Marvel tahun 1964!

243

Written by:

BukuFilemKomikSemasaTV

Trivia ini mungkin membangkitkan keterujaan di antara kita.

Hari ini, nama George R.R. Martin begitu masyhur sekali sebagai pengarang A Song of Ice and Fire, sebuah kisah novel fantasi epik yang menginspirasikan siri drama popular HBO berjudul Game of Thrones.

Tetapi selang beberapa tahun dahulu sebelum beliau meraih Anugerah Hugo (anugerah untuk pengkarya fiksyen sains dan fantasi terbaik dunia) yang pertama dan berdekad lama sebelum beliau dilabel sebagai “Tolkien Amerika Syarikat”, George R.R. Martin sebenarnya adalah seorang peminat tegar komik-komik Marvel.

Dalam surat pertama yang pernah ditulis dan disiarkan ketika beliau berusia 14 tahun semasa membesar di New Jersey, penulis tersebut pernah menyatakan obsesinya kepada komik Fantastic Four isu #17 (1963) dan kekaguman kepada duo penulis serta pelukis legenda, Stan Lee dan Jack Kirby.

Dan buat pertama kalinya menerusi siri dokumentari khas sebanyak dua-episod terbitan Saluran History berjudul Superheroes Decoded, George R.R. Martin telah membaca surat tersebut secara terbuka dan mengiktiraf komik tersebut “akan terus kekal malar buat selama-lamanya sebagau komik Fantastic Four terbaik pernah dicetak”.

Tonton klip video tersebut di bawah ini:

Dokumentari tersebut membongkar era kebangkitan superhero yang sejajar dengan revolusi sejagat Amerika Syarikat sebagai kuasa besar dunia pada abad ke-20. Bahagian Pertama siri ini akan memberi fokus kepada sejarah serta asal-usul superhero-superhero ikonik yang pernah kita kenal dan ketahui, manakala Bahagian Kedua menganalisa era pemberontakan masyarakat dan rakyat yang berlaku.

George R.R. Martin akan turut muncul dalam dokumentasi khas tersebut bersama Stan Lee sendiri, pengarah bersaudara Anthony dan Joe Russo, Jon Favreau, pelakon Anthony Mackie, novelis Brad Meltzer dan ramai lagi.

Bahagian Pertama Superheroes Decoded akan bersiaran hari ini menerusi Saluran History, dengan Bahagian Kedua disiarkan pada keesokan harinya.

Last modified: April 30, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *