Pengarah Trilogi BACK TO THE FUTURE, Robert Zemeckis Bakal Ambil Alih Filem Solo THE FLASH?

210

Written by:

Usaha Warner Bros. untuk menghasilkan filem solo The Flash telah melalui banyak cabaran dan dugaan.

Dan ia belum pun lagi melepasi fasa pra-produksi sejak projek tersebut diumumkan dua tahun yang lalu. Pihak studio masih lagi mencari calon pengarah baharu untuk filem itu sejak sutradara Rick Famuyiwa melepaskan tawaran yang diberi di atas sebab-sebab yang tidak didedahkan.

Persoalannya: Siapakah pengarah yang diburu itu?

Pada hari ini, kita mungkin telah menerima satu perkhabaran yang menarik untuk sekalian peminat tegar adiwira terpantas di muka bumi itu.

Sumber dari Screen Junkies mendedahkan bahawa terdapat beberapa sumber sah dan boleh dipercayai telah mengesahkan kehadiran Robert Zemeckis (Back to The Future, Forest Gump, Who Framed Roger Rabbit) untuk calon terbaharu mengambil-alih kerusi pengarahan. Biarpun masih lagi dalam proses perbincangan awal, masih terdapat beberapa lagi calon-calon lain yang ditemuduga pihak Warner Bros. secara tertutup.

Segalanya adalah bermungkinan buat masa ini dan masih belum ada kata muktamad.

Apa pendapat anda sekiranya beliau terpilih? Komen seperti biasa di ruangan tersedia

Last modified: April 29, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *