Pengarah James Gunn Nafikan INFINITY GAUNTLET sebagai Judul Rasmi AVENGERS 4

209

Written by:

Betulkah spekulasi yang disebut-sebut sejak semalam itu?

Semalam salah seorang pelakon dalam filem sekuel Guardians of Galaxy Vol. 2, Zoe Saldana telah diwawancara oleh Lizo Mzimba yang seola-olah mendedahkan judul rasmi untuk filem Avengers 4.

Apabila menyatakan bahawa beliau perlu kembali ke Pinewood Studios di Atlanta hujung tahun ini untuk menjalani penggambaran lanjut untuk “Gauntlet”, ramai peminat-peminat komik di seluruh dunia secara logik telah menerima judul rasmi filem itu sebagai Avengers: Infinity Gauntlet.

Dan jika benar itu adalah judul rasmi yang telah sah dipilih setelah sekian lama dijaga rapi oleh Presiden Marvel Studios Kevin Feige, maka Zoe Saldana pastinya berada dalam keadaan kurang menyenangkan di kala ini.

Walau bagaimanapun, pengarah James Gunn telah hadir untuk memberi pencerahan serta menyelamatkan keadaan sebelum menjadi lebih kritikal dengan berkata:

It’s not the title. My guess is that Zoe just misspoke. I’ll talk to Zoe today, but I would imagine that is just Zoe misspeaking and saying ‘Infinity Gauntlet’ instead of ‘Infinity War’.

Dengan kata lain, spekulasi ini akan terus berjalan kerana ralat yang dilakukan oleh pelakon watak Gamora itu.

Anda punya ramalan dan tekaan sendiri? Sila nyatakan menerusi ruangan komen di bawah.

Last modified: April 26, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *