Treler Rasmi Sulung KINGSMAN: THE GOLDEN CIRCLE Bakal Didedahkan Esok!

156

Written by:

Pengesahan ini baharu sahaja diterima.

Treler rasmi sulung untuk sekuel filem arahan Matthew Vaughn (X-Men: First Class, Kick-Ass)Kingsman: The Golden Circle akan mula disiarkan seluruh dunia awal pagi esok.

Dan sementara kita menanti detik itu, sebuah lagi video teaser ringkas telah didedahkan kepada umum di internet.

Berbanding degan teaser video ringkas sebelum ini yang diputarkan dengan kelajuan ‘super-cut’, paparan kali ini memberikan gambaran yang lebih jelas dengan imbasan Garry “Eggsy” Unwin sedang beraksi tangkas di samping beberapa watak-watak baharu lain yang terdiri dari Halle Berry, Channing Tatum dan Pedro Pascal.

Biarpun ramai di antara kita sudah sedia maklum akan kehadiran kembali watak utama Harry Hart lakonan Colin Firth, masih belum kelihatan kelibat beliau di sini.

Apakah beliau akan muncul secara rasmi dalam treler rasmi penuhnya esok? Pastikan anda bersama kami kurang 24 jam daripada sekarang untuk menantikan jawapannya.

Buat masa ini tonton kedua-dua treler teaser ringkas Kingsman: The Golden Circle tersebut di bawah ini:

Kingsman: The Golden Circle akan berada di pawagam seluruh dunia pada 29 September, 2017.

Last modified: April 23, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *