Semesta Sinematik Marvel Bakal Berakhir Selepas Fasa 3?

355

Written by:

Setiap yang bermula pasti akan berakhir.

Begitu juga dengan Semesta Sinematik Marvel (Marvel Cinematic Universe).

Bercakap dalam satu wawancara bersama portal Collider awal hari ini, Presiden Marvel Studios telah menyatakan bahawa Fasa 3 Semesta Sinematik Marvel berkemungkinan adalah yang terakhir untuk versi berformat sedemikian.

Menurut Kevin Feige yang menguruskan kesemua filem-filem di bawah Marvel Studios dan Walt Disney Studios sejak kehadiran Iron Man (2008) pada awal Fasa 1 itu:

“We’ve been lucky that [contract expirations] haven’t factored in too much. We’ve had people under contract for certain films, then we’ve had new ideas and new directions like Civil War like we wanted to do, and we’ve been lucky enough to make new contracts. Or Spider-Man: Homecoming, the cast has been awesome in their enthusiasm for the direction and the storylines that we’ve been telling. So it really does, right now, all start with where we wanna take the stories. Certainly as we get to Infinity War there is a sense of a climax if not a conclusion to, by the time we’re at untitled Avengers 4, the 22 movies that will have encompassed the first three phases of the MCU. And what happens after that will be very different..

..I don’t know if it’s Phase 4. It might be a new thing.”

Apakah sebenarnya yang Kevin Feige cuba sampaikan dengan pelupusan kontrak dan kesudahan perjanjian itu tadi?

Chris Evans, Robert Downey Jr., Jeremy Renner dan Scarlett Johansson memang sudah hampir kepada penamat kontrak dan perjanjian penampilan masing-masing. Sekiranya ada yang tidak mahu memperbaharui kontrak atau bertindak untuk keluar dari perjanjian kontrak lanjutan, Marvel perlu dengan rasmi mencari pelakon baharu sama ada dengan mengubah haluan jalan cerita, mematikan watak-watak tertentu atau reboot secara total.

Tindakan serta situasi ini pernah berlaku dalam kontinuiti komik Marvel. Dan apakah ia tidak mustahil dilaksanakan menerusi semesta sinematik juga?

Apa pendapat anda? Komen dan pandangan seperti biasa dalam ruangan di bawah.

Last modified: April 22, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *