Pandang Pertama Hot Rod dalam Filem TRANSFORMERS: THE LAST KNIGHT!

504

Written by:

Mungkinkah beliau bakal menjadi penyelamat kepada masalah peribadi dan hidup Optimus Prime?

Biarpun ramai di antara kita sedia maklum sejak Ogos lalu bahawa watak Autobot bernama Hot Rod bakal membuat kemunculan sulung dalam Transformers: The Last Knight, kedua-dua treler yang dilancarkan sebelum ini langsung tidak menampakkan kelibat beliau.

Malah, ia tetap memberi fokus kepada krisis dalaman Optimus Prime dan konflik yang semakin meruncing.

Namun berdasarkan kepada sumber ehsan Entertainment Weekly, pada hari ini akhirnya kita dapat melihat foto rasmi versi aksi hidup Hot Rod buat pertama kali serta latar belakang beliau secara ringkas termasuk mengapa kelibat beliau langung tidak kelihat menerusi empat buah filem sebelum ini.


Menurut sumber di atas, Hot Rod adalah teman akrab kepada seorang ahli astronomi terkemuka bernama Sir Edmund Burton, lakonan pemenang Anugerah Academy Anthony Hopkins. Di bawah arahannya, beliau telah menjadi pelindung rahsia kepada Viviane Wembly lakonan Laura Haddock dengan menyamar sebagai kereta Citroën DS 1963 pada peringkat awal tugasannya:

It’s a rickety old thing, but she can’t part with it because she adores it. This car has actually been put there to watch her and feedback information to Anthony Hopkins’ character about what she’s up to and her life. So yeah, she gets kind of taken [by surprise] in a really funny, dramatic way by this Hot Rod.

Untuk separuh masa kedua filem ini nanti, Hot Rod telah disahkan akan berubah menjadi sebuah kereta Lamborghini Centenario LP770-4/2017 yang lebih canggih dan sofistikated.

Tiada nama pelakon didedahkan setakat ini untuk suara rasmi watak tersebut.

Tetapi ada beberapa nama-nama besar Hollywood telah disebut-sebut termasuk nama calon Anugerah Golden Globe seperti Judd Nelson yang sebelum ini pernah hadir sebagai Hot Rod dan Rodimus Prime dalam filem animasi 1986.

Lihat foto di bawah ini yang memperlihatkan Laura Haddock berhadapan Hot Rod buat kali pertama:

Transformers: The Last Knight akan berada di pawagam seluruh dunia pada 23 Jun, 2017.

Last modified: April 22, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *