Tonton Video Promo Terbaharu untuk Siri Televisyen KRYPTON!

297

Written by:

FilemKomikSemasaTV

“It’s our good fortune one of our own survived. That you might know of us and wonder.”

Treler teaser untuk siri televisyen baharu Krypton terbitan SyFy yang diusahakan oleh David Goyer (The Dark Knight, Man of Steel) telah tertiris di internet beberapa hari yang lalu.

Ia secara langsung mendedahkan kepada kita pandang pertama watak Seg-El lakonan Cameron Cuffe sebagai Seg-El, ayahanda kepada Jor-El semasa era di mana kemelut perang mula menular di tanah asal planet kelahiran Superman itu.

SyFy masih lagi belum membuat sebarang pengumuman sama ada ia telah pun mempunyai tarikh tayangan rasmi.

Namun begitu, pada hari ini kita telah pun mendapat sebuah akaun Instagram rasmi untuk siri televisyen tersebut dengan satu promo sulung yang menarik.

Dengan suara latar oleh Ian McElhinney (Game of Thrones) sebagai Val-El iaitu moyang kepada Kal-El dengan latarbelakang muzik tema penuh dramatik, promo video rasmi untuk Krypton ini mempunyai potensi besar di masa akan datang dengan perhatian peminat ramai yang begitu memberangsangkan.

Tonton video promo tersebut di bawah ini:

Last modified: April 21, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *