David Hasselhoff Turut Muncul dalam GUARDIANS OF THE GALAXY Vol. 2?

218

Written by:

Masih ingat nama beliau?

Apabila bintang siri televisyen popular Knight Rider dan Baywatch, David Hasselhoff hadir semasa tayangan gala perdana filem Guardians of the Galaxy Vol. 2 baru-baru ini, maka timbul pelbagai spekulasi dari pelbagai sumber yang mengatakan beliau akan membuat cameo dalam filem tersebut.

Kami tidak akan mengesahkan atau tidak dapat menafikannya.

Tetapi satu perkara yang pasti adalah bahawa pelakon yang juga pernah membintangi filem televisyen Nick Fury: Agent of S.H.I.E.L.D (1998) itu telah bergabung dengan kumpulan muzik The Sneepers dan pengarah James Gunn (yang turut menulis lirik lagu) untuk sebuah lagu dalam album Awesome Mix Vol. 2 berjudul “Guardians Inferno.”

Dengar lagu tersebut dan cuba hayati senikatanya yang mencuit hati:

Berikut adalah sinopsis rasmi untuk filem sekuel di atas:

“Marvel’s Guardians of the Galaxy Vol. 2 continues the team’s adventures as they traverse the outer reaches of the cosmos. The Guardians must fight to keep their newfound family together as they unravel the mysteries of Peter Quill’s true parentage. Old foes become new allies and fan-favorite characters from the classic comics will come to our heroes’ aid as the Marvel cinematic universe continues to expand.”

Guardians of the Galaxy Vol. 2 akan berada di pawagam seluruh dunia pada 5 Mei, 2017.

Last modified: April 21, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *