SECRET EMPIRE #0 Dedah Rahsia Besar Captain America yang Mengubah Sejarah Dunia!

191

Written by:

Entri ini mengandungi kandungan dan AMARAN SPOILER buat mereka yang belum membaca Secret Empire #0.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sebelum ini, ramai di antara pembaca dan peminat komik percaya bahawa Red Skull telah menggunakan Kobik, sejenis entiti hidup Kiub Kosmik untuk mengubah sejarah dan asal-usul Steve Rogers (rujuk komik Avengers Standoff: Welcome to Pleasant Hill #1, 2016).

Ia sepatutnya membuatkan kita percaya yang Captain America telah dimanipulasi oleh Red Skull ssekaligus dilabel sebagai agen pengganas Hydra menentang perjuangan Tentera Bersekutu Amerika Syarikat dan Avengers. Namun pada hakikatnya, semua itu tampak tidak sama dengan apa yang sebenarnya berlaku dalam naskah komik Secret Empire #0 yang baru terbit di pasaran semalam.

Dan ia pasti membuatkan anda kelu seribu bahasa kerana ianya amat sukar dipercayai!

Sejarah memang tidak pernah akan menipu dan membohongi kita walaupun disimpan sebagai rahsia sulit. Berdasarkan kepada komik prekuel itu, sepanjang Semesta Komik Marvel bermula sejak tahun 1939, pihak Nazi telah memenangi Perang Dunia Kedua dan sebagai reaksi kepada peristiwa tersebut, pihak Tentera Bersekutu telah menggunakan Kiub Kosmik untuk mengubah sejarah pula. Dan itu baharu pendedahan pertama.

Lebih mengejutkan, Steve Rogers/Captain America memang selama ini sudah mengangkat sumpah taat setia kepada Hydra.

Keputusan dan tindakan yang dilakukan oleh Tentera Bersekutu sudah mengubah hidupnya dan hanya ditinggalkan dengan memori palsu peperangan sehingga mengakibatkan takdir  Red Skull menggunakan Kobik bukan untuk mengubah sejarah. Tetapi untuk mengembalikannya kepada asal semula.

Maknanya di sini adalah Captain America telah aktif bergerak sebagai watak antagonis sejak awal.

Pembelot.

Pengganas.

Penjahat.

Hanya dengan melabelkan pendedahan ini sebagai “amat mengejutkan” belum cukup ampuh. Kerana ia sudah semestinya akan mengecewakan peminat-peminat komik dan mengharapkan beliau kembali kepada sahsiah beliau yang asal apabila saga terbaharu komik Marvel ini bermula awal bulan hadapan.

Apa pula pendapat dan pandangan anda tentang berita yang sukar untuk dipercayai ini? Komen dan ulasan anda seperti biasa pada ruangan di bawah.

Last modified: April 21, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *