Will Smith Dilamar Watak Jin untuk Filem Adaptasi Aksi Hidup ALADDIN!

173

Written by:

Pencarian jin Hollywood sudah mula menampakkan hasil.

Disney kini sangat komited untuk memburu bintang besar bagi memegang peranan sebagai Jin dalam filem aksi hidup dari filem animasi Aladdin (1992).

Beliau yang disebut-sebut itu tidak lain dan tidak bukan adalah Will Smith.

Pelakon ternama itu yang kali terakhir dilihat sebagai Deadshot dalam filem adaptasi DC Comics arahan David Ayer, Suicide Squad dikhabarkan masih dalam fasa awal perbincangan untuk watak tersebut dan belum ada sebarang pengesahan muktamad. Lakon suara oleh mendiang Robin Williams sebagai watak Jin yang cerita dan ‘nakal’ itu dalam versi animasi filem sebelum ini dianggap antara persembahan terbaik oleh ramai pengkritik. Dan ini jelas sekali merupakan satu cabaran yang amat besar untuk Will Smith sekiranya setuju dan mahu beraksi dalam filem remake Aladdin terbaharu.

Terdahulu, Will Smith telah dipilih untuk muncul dalam filem aksi hidup Dumbo arahan Tim Burton (Batman, Beetlejuice) tetapi terpaksa menolak kerana konflik jadual penggambaran.

Pengarah filem ini iaitu Guy Ritchie (The Man from U.N.C.L.E, King Arthur: Legend of the Sword) kini sedang giat berusaha mencari pelakon ideal untuk watak dua teraju utama, Aladdin dan Puteri Jasmine.

Last modified: April 20, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *