Josh Brolin Dedah Foto Belakang Tabir Proses Transformasi Prostetik Watak Cable untuk DEADPOOL 2!

281

Written by:

Tidak sabar-sabar lagi melihat kelibat Cable versi aksi hidup?

Telah diketahui ramai bahawa bintang veteran yang memegang watak Thanos dalam Avengers: Infinity War, Josh Brolin akan rasmi turut beraksi sebagai Nathan Christopher Charles Summers atau lebih popular dengan nama Cable dalam Deadpool 2.

Dan pada hari ini, pelakon tersebut telah berkongsikan dua foto pra-produksi persiapan di belakang tabir menerusi akaun rasmi Instagram milik beliau.

Biarpun foto-foto tersebut tidak menzahirkan banyak pendedahan bagaimana Josh Brolin akan kelihatan sebagai Cable, ia tetap mengesahkan bahawa beliau akan mengenakan solekan prostetik untuk watak itu. Acuan yang digunakan dalam gambar di bawah tampak sangat berat kerana parut pada wajah dan mata kanan Cable amat ketara selain ciri-ciri tertentu sepertimana yang  terdapat dalam komik.

Rentetan itu, pelukis dan pencipta asal Cable iaitu Rob Liefeld turut mendedahkan lakaran ringkas watak itu untuk tatapan peminat:

You know, just meditating. #deadpool2 #clostraphobiarocks #ryanreyondsismybitch #umguys

A post shared by Josh Brolin (@joshbrolin) on

Cable. #robliefeld #marvel #xforce #robliefeldcreations #cable #deadpool

A post shared by RobertLiefeld (@robliefeld) on

Last modified: April 19, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *