Lihat Kelibat Makhluk Asing Misteri dari Set Penggambaran Filem HAN SOLO!

132

Written by:

Bersedia untuk pandang pertama dari set penggambaran filem Han Solo!

Dalam rangka promosi untuk projek kebajikan “Force For Change“, pihak Lucasfilm telah melancarkan sebuah video baharu yang menampilkan pelakon Warwick David (Star Wars: Episode VII – The Force Awakens, Star Wars: Episode VI – Return of the Jedi).

Dalam paparan video tersebut, beliau telah menawarkan peminat-peminat setia francais popular itu peluang untuk hadir ke set penggambaran bertemu krew dan para pelakon serta muncul sebagai watak cameo dalam filem antologi Han Solo tahun hadapan. Cuma buat masa ini, tidak banyak yang boleh didedahkan tentang filem tersebut tetapi apabila tiba giliran pengarah Phil Lord dan Chris Miller untuk bersuara, dengan sengaja mereka telah mendedahkan satu watak makhluk asing bahari daripada filem itu.

Video promosi itu dapat ditonton di bawah ini:

Jika dilihat dengan teliti, peminat setia kesemua filem Star Wars akan menyamakan spesis ini persis dengan makhluk asing bernama Gran.

Ia pertama kali muncul untuk watak Mawhonic sebagai pelumba podracer dalam Star Wars: Episode I – The Phantom Menace (1999) dan watak Senator Ask Aak mewakili planet Malastare yang taat kepada Maharaja Palpatine dalam Star Wars: Episode II – Attack of the Clones (2002).

Kutipan amal “Force For Change” diwujudkan bagi menyokong usaha UNICEF and Yayasan Starlight Children Foundation membantu kanak-kanak penghidap penyakit kronik.
Antara hadiah-hadiah menarik lain yang ditawarkan adalah lawatan eksklusif ke Skywalker Ranch dan menonton filem asli Star Wars: A New Hope (1977) di sana serta pas jemputan khas ke tayangan gala perdana untuk filem Star Wars: Episode VIII: The Last Jedi!
 Han Solo: A Star Wars Story akan berada di pawagam seluruh dunia pada 25 Mei, 2018.

Last modified: April 19, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *