GUARDIANS OF THE GALAXY VOL. 2 Pecah Rekod Babak Akhir Kredit Filem Marvel!

224

Written by:

Satu sejarah lagi bakal tercipta.

Pada hari ini, muncul beberapa Tweet dari portal internet popular bahawa filem Guardians of the Galaxy Vol. 2 bakal hadir dengan empat babak akhir kredit.

Maklumat terbaharu ini memang sesuatu yang sangat menarik buat semua peminat dan pengikut setia Semesta Sinematik Marvel.

Tetapi pengarah dan penulis filem tersebut, James Gunn dengan secara terbuka membuat kenyataan di media sosial dan mendedahkan yang secara keseluruhan ia akan memiliki LIMA babak akhir kredit secara rasmi. Ini jelas merupakan satu rekod baharu untuk Marvel Studios dan tetap menjadi rahsia sehingga kini.

Ini besar kemungkinan adalah kerana ia mempunyai kaitan dengan jalan cerita Avengers: Infinity War tahun hadapan serta demi mengekalkan elemen kejutan untuk para penonton kelak sebelum tayangan rasminnya awal bulan hadapan.

Dapatkah anda meneka apakah babak-babak yang telah direncanakan itu? Ramalan dan teori anda amat kami alu-alukan menerusi ruangan komen di bawah ini.

Last modified: April 18, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *