Foto-Foto Tom Cruise, Rebecca Ferguson dan Henry Cavill di Set Penggambaran MISSION: IMPOSSIBLE 6!

254

Written by:

Tom Cruise telah muncul dan mempesonakan kita menerusi layar pawagam sudah hampir 40 tahun.

Dan berdasarkan kepada pendedahan foto-foto eksklusif terbaharu dari lokasi filem Mission: Impossible 6 yang didedahkan hari ini, beliau seperti tidak ada rancangan atau idea untuk “bersara” dalam masa terdekat ini.

Beliau pernah berkahwin tiga kali, mempunyai dua orang anak angkat dan seorang anak kandung. Mula-mula muncul pada usia 18 tahun menerusi filem Endless Love (1981), Tom Cruise kini berusia 54 tahun.

Imej yang menunjukkan Tom Cruise beraksi untuk lagak ngerinya sendiri (sepertimana lazim francais filem-filem Mission: Impossible) turut memaparkan lokasi di Paris dengan beberapa babak bermotorsikal kuasa tinggi. Konteks dan kandungan untuk penggambaran babak ini tidak diketahui tetapi ianya seperti berakhir dengan watak BMW R Nine T yang ditunggang Ethan Hunt akan berlanggar dengan sebuah kereta.

Sebelum ini, bintang mega Hollywood itu juga turut dilihat bersama Sean Harris (kini berjambang) yang akan kembali sebagai Solomon Lane dalam Mission: Impossible 5 – Rogue Rogue Nation sebelum ini. Rebecca Ferguson akan tampil semula sebagai Ilsa Faust dan bintang Batman v Superman: Dawn of Justice, Henry Cavill kini sudah berada Paris untuk satu watak antagonis yang masih dirahsiakan.

Lihat foto-foto di set penggambaran Mission: Impossible 6 di bawah ini:

Light the fuse… (photo @rdhardy)

A post shared by Christopher McQuarrie (@christophermcquarrie) on

Ilsa’s back…

A post shared by Christopher McQuarrie (@christophermcquarrie) on

Mission: Impossible 6 akan berada di pawagam seluruh dunia pada 27 Julai, 2018.

Last modified: April 17, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *