Bront Palarae Bakal Bintangi Filem Remake Klasik Seram Indonesia, PENGABDI SETAN!

299

Written by:

Ini ada berita baik untuk peminat filem angker dan gori asal tanah seberang.

Pelakon pemenang anugerah dari Malaysia, Bront Palarae dilaporkan bakal membintangi filem remake klasik seram Indonesia, Pengabdi Setan arahan Joko Anawar (Arisan!, Janji Joni, Pintu Terlarang).

Mula ditayangkan pada tahun 1980, filem tersebut menceritakan tentang sebuah keluarga mewah dan kaya yang hidup dengan ilmu hitam selepas kematian seorang ahli keluarga mereka. Filem ini mendapat perhatian serta populariti meluas sehingga diterbitkan dalam format VHS dan DVD di Jepun dan Amerika Syarikat.

Bront Palarae yang juga turut beraksi dalam siri televisyen supernatural Halfworlds di bawah rangkaian studio HBO Asia nyata teruja untuk memulakan penggambaran filem tersebut dengan watak dan produksi baharu. Pada tahun lalu, beliau membuat penampilan sulung filem Indonesia menerusi kisah komedi drama, My Stupid Boss dan thriller pemenang anugerah, Headshot.

Filem remake Pengabdi Setan akan diterbitkan oleh Rapi Films. Penggambaran dijangka akan bermula pada 15 April 2017 di Jakarta, Indonesia.

Last modified: April 15, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *