Apple Dilaporkan Mahu Beli Disney dengan Nilai USD$200 Bilion?

220

Written by:

AnimasiBukuDan Lain-LainFilemGamingKomikSemasaTV

Hampir sama seperti AT&T membeli Warners Bros. sebanyak USD$85 bilion pada tahun lalu, Apple hari ini dikhabar sedang mempertimbangkan untuk membeli keseluruhan Syarikat Walt Disney.

Syarikat Walt Disney juga adalah subsidiari milikan penuh kepada Marvel Entertainment dan Lucasfilm, perumah untuk semua harta intelek Star Wars.

Sumber yang dipetik dari Variety (dengan butiran oleh RBC Capital Markets), ia menyatakan bahawa Apple perlu menyediakan sejumlah lebih USD$200 bilion (RM882 bilion) untuk tawaran urusniaga seperti berikut. Apple juga dikatakan sedang merancang untuk melahirkan pesaing segera untuk Netflix, dengan kesemua sumber dan arkib televisyen dan filem Disney disalurkan menerusi iPhone, iPad dan MacBooks. Sejajar dengan ini, Apple bakal melaksanakan integrasi untuk kesemua produk, peranti dan perisian teknologi mereka ke dalam semua taman teman Disney di seluruh dunia.

Ini merupakan satu pilihan langkah yang diambil Apple setelah usaha untuk menandingi prospek AT&T memiliki Warner Bros. pada pertengahan tahun lalu.

Khabar angin terbaharu ini terbit rentetan dari spekulasi Disney yang mempertimbangkan untuk membeli Netflix, satu langkah yang dipersoal pakar dan penganalisa ekonomi. Sejak itu, tiada lagi laporan berita telah kedengaran.

Penggabungan AT&T dan Warner Bros. (yang sehingga kini masih belum lagi selesai dan muktamad) telah mengakibatkan beberapa sesi prosiding undang-undang dan pembahagiaan kiraan cukai berlarutan demi memastikan urusniaga tersebut telus dan memuaskan hati kedua belah pihak.

Untuk makluman, Isteri Steve Jobs iaitu Laurene Powell Jobs merupakan pemegang saham terbesar syarikat Walt Disney dan memiliki lebih banyak saham Disney berbanding Apple.

Walau bagaimanapun, beliau telah menjual sebahagian besar stok saham itu pada bulan Februari 2017 yang lalu.

Last modified: April 14, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *