Josh Brolin Sah Beraksi sebagai Cable dalam DEADPOOL 2 dan Tiga Lagi Filem Spin-Off!

304

Written by:

Mengumumkan kedatangan Cable!

Menurut sumber yang dipetik menerusi The Hollywood Reporter, Josh Brolin telah dengan rasmi menandatangani kontrak untuk beraksi sebagai Nathan Summbers/Cable dalam empat buah filem di bawah francais Semesta Sinematik X-Men milik studio 20th Century Fox dan akan dimulakan dengan filem Deadpool 2.

Pencarian pelakon sekian lama yang turut membabitkan Michael Shannon, Brad Pitt, David Harbour dan Russell Crowe itu berakhir semalam untuk membolehkan beliau berganding bahu dengan Ryan Reynolds sebagai Wade Wilson/Deadpool. Perkembangan menarik ini turut meledakkan perbualan hangat media sosial serta di kalangan peminat tentang komitmen beliau sebagai Thanos dalam Semesta Sinematik Marvel (MCU) di bawah studio Marvel Studios dan Walt Disney Pictures untuk Avengers: Infinity War (2018) and Avengers 4 (2019).

Sebelum ini, pelakon baharu iaitu  Zazie Beetz telah dipilih sebagai Neena Thurman/Domino. Pengarah filem John Wick, David Leitch telah mengambil alih tugas filem Deadpool dari Tim Miller setelah pihak studio tidak mencapai kata sepakat tentang halatuju sekuel filem tersebut.

Penggambaran untuk filem tersebut akan dijangka bermula pada bulan Jun ini di Vancouver, Kanada.

Perjanjian rasmi empat buah filem ini berkemungkinanbesar akan melibat sebuah filem yang meletakkan beliau selaku teraju utama dalam filem X-Force yang sedang aktif dalam fasa pra-produksi.

Last modified: April 13, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *