Tonton Treler Rasmi Terakhir TRANSFORMERS: THE LAST KNIGHT!

247

Written by:

Treler rasmi terakhir untuk filem Transformers: The Last Knight kini sudah dapat ditonton umum.

Dan biarpun masih tidak banyak pendedahan plot dan jalan cerita yang dipaparkan, sentuhan pengarah prolifik Michael Bay dalam penguasaan francais besar milik Hasbro dan Paramount Pictures ini masih jelas mengancam minat kita semua untuk kembali ke pawagam.

Dengan tambahan lebih banyak babak-babak pertembungan robot asal Cybertron, treler terbaharu ini tetap memberikan kita pembayang lebih jelas tentang mengapa Optimus Prime berkeputusan untuk melancarkan perang terhadap penduduk bumi dan berpaling tadah dari angkatan Autobot yang lain.

Lebih menarik kali ini, kita dapat menjadi saksi kepada satu babak tentang ‘rahsia’ asal-usul Transformers zaman dahulu kala yang tidak pernah diketahui sebelum ini.

Tonton treler rasmi terakhir Transformers: The Last Knight tersebut di bawah ini:

Berikut pula merupakan sinopsis rasmi filem aksi hidup kelima Transfomers setakat ini:

“Humans and Transformers are at war, Optimus Prime is gone. The key to saving our future lies buried in the secrets of the past, in the hidden history of Transformers on Earth. Saving our world falls upon the shoulders of an unlikely alliance: Cade Yeager; Bumblebee; an English Lord; and an Oxford Professor.”

Dibintangi oleh Mark Wahlberg, Josh Duhamel, Anthony Hopkins, Laura Haddock, Stanley Tucci dan John Turturro, Transformers: The Last Knight akan berada di pawagam seluruh dunia pada 23 Jun, 2017.

Last modified: April 12, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *