Pengarah HELLBOY, Guillermo Del Toro Kongsi Idea untuk Filem STAR WARS!

174

Written by:

Apakah benar satu hari ini pengarah prolifik Guillermo del Toro  bakal mengarahkan sebuah filem Star Wars?

Sejak sekian lama, kedengaran desas-desus potensi penglibatan beliau dengan dunia ciptaan George Lucas yang semakin berkembang. Tetapi dengan laporan yang diterima hari ini, ia nampaknya telah mengesahkan kehadiran pengarah yang popular menerusi filem Hellboy dan Pacific Rim itu.

Semasa satu wawancara bersama portal web Collider, Guillermo del Toro membangkitkan isu perbualan yang sentiasa mengaitkan dirinya dengan filem-filem yang pada hakikatnya tidak pernah dirancang untuk produksi atau tayangan rasmi. Dan disebabkan itu, beliau enggan mengulas lanjut mengenai mana-mana projek Star Wars kerana dalam temubual tersebut, beliau telah mengesahkan pertemuan dengan wakil dari Lucasfilm untuk perbincangan idea-idea filem untuk masa akan datang!

Dalam wawancara itu, beliau menyatakan:

“I will not comment on this, because then somebody will say, ‘Oh, Guillermo’s doing [Star Wars]!’ and I look like a kook. Neil Gaiman once said that, ‘I’d love to write Doctor Strange with Guillermo,’ and then all of a sudden on my IMDb I had ‘Doctor Strange’ [listed]. But saying all of that as a caveat, I would say there’s some characters that are great, and I have talked to Kathy Kennedy and John Knoll about ideas. But you know, I want to do my sh*t. I want to do my sh*t, I want to do it first, and I’m veering a lot towards animation. I love animation.”

Sememangnya pengarah ini sedang mengurus banyak projek-projek filem. Sama ada yang sedang diusahakan atau sedang dalam perancangan. Mungkin projek Star Wars sentuhan beliau tidak akan dimulakan dalam masa terdekat ini. Tetapi andainya ia berlaku, jalan cerita dan watak utama manakah yang ingin anda saksikan?

Nyatakan komen dan pendapat anda pada ruangan di bawah entri ini.

Last modified: April 12, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *