10 Trivia Menarik dalam Treler Sulung Rasmi THOR: RAGANAROK!

336

Written by:

Pendedahan treler rasmi sulung baharu untuk filem Thor: Ragnarok baru-baru ini memang mengejutkan ramai pihak.

Pengarah James Gunn pernah menyatakan sebelum ini bahawa ia bakal menjadi filem terbaik dalam Semesta Sinematik Marvel (MCU) setakat ini serta beliau benar-benar yakin akan kemampuannya.

Dan jelas sekali apabila logo filem ini didedahkan tahun lalu, ia dijangka berbeza dengan mana-mana filem pernah diterbitkan oleh Marvel Studios dan Disney Pictures. Malah segala foto-foto eksklusif belakang tabir yang diambil dari set penggambaran sarat unsur estetika dan amat unik bagi sebuah naskah filem aksi hidup adaptasi komik.


Ini merupakan sesuatu yang diperlihatkan menerusi treler tersebut tetapi jika diamati dengan teliti, berkemungkinan mengandungi plot-plot yang boleh menjuruskan ke arah spoiler cerita juga. Biarpun babak-babak yang dipaparkan adalah ringkas, namun bagi seorang peminat dan pengikut setia komik tetap terisi pendedahan-pendedahan besar.

Sama ada ia mendatakan kesan negatif atau reaksi positif di kalangan penonton kelak, sebenarnya masih banyak lagi yang tidak diketahui umum. Malah menimbulkan lebih banyak persoalan dan tanda tanya besar pula. Apa yang anda bakal perolehi di bawah ini nanti adalah set trivia menarik serta apakah ertinya bagi pelengkap trilogi Thor ini dan masa depan MCU.

Semoga teruja dan bermanfaat.

 

10 | Pengaruh Kuat Karya Legenda Pelukis Komik, Jack Kirby! 

Mendiang Jack Kirby merupakan salah seorang daripada pelukis serta pencipta asal komik Thor sejak kemunculan pertamanya pada tahun 1962. Semua hasil rekaan dan karya kerja yang dihasilkan oleh beliau menerusi semua naskah komik tersebut adalah definitif dalam penerbitan Marvel Comics.

Inspirasi hasil tangan Jack Kirby ternampak dalam hampir kesemua babak dalam treler Thor: Ragnarok. Daripada rekaan melodramatik ke palet waran yang sungguh cerah dan memukau sehinggalah ke judul logo filem ini. Lebih menonjol, kita dapat menyaksikan beberapa setpiece (seperti babak di atas) yang mengambil elemen rekaan lansgung dari lembaran muka surat komik hasil sentuhan teman akrab Stan Lee dan Steve Ditko itu.

Di bawah ini pula adalah contoh-contoh hasil karya Jack Kirby semasa aktif menghasilkan komik pada zaman kemuncaknya:

 

9 | Lagu Led Zeppelin yang Tersurat dan Tersirat!

Sepanjang lagu ‘Immgrant Song’ oleh kumpulan rock ternama Led Zeppelin diperdengarkan sepanjang treler berputar, ramai akan merasakan secara langsung (dan tidak langsung) yang sebenarnya menghubungkan Thor: Ragnarok dengan francais filem Guardians of the Galaxy.

Salah satu contoh paling nyata adalah kemunculan watak Grandmaster lakonan Jeff Goldblum (Independence Day: Resurgence, The Grand Budapest Hotel) iaitu abang kandung kepada watak Collector lakonan Benicio Del Toro (Star Wars Episode VIII: The Last Jedi, Sicario) yang pernah muncul dalam filem pertama Guardians of the Galaxy.

Visi kesinambungan dan plot bersaling-kaitan sememangnya adalah agenda MCU dalam perkembangan plot cerita mereka. Malah dalam filem Thor: The Dark World (2013) sebelum ini, ia langsung terus bersambung ke dalam filem Guardians of the Galaxy Vol. 1 (2o14).

Sebagai bonus, Thor: Ragnarok turut mengembalikan semula zaman kegemilangan filem dengan elemen pengaruh estetika neon dalam banyak filem-filem fantasi dan fiksyen sains era 80an seperti Flash Gordon (1980).

 

8 | Perang Hela dan Valkyrie!

Ramai peminat telah teragak-agak tentang peranan Valkyrie dalam filem ini yang dilihat berkhidmat untuk The Grandmaster.

Akan tetapi menerusi treler terbaharu ini, ia jelas telah memaparkan akan satu babak yang berlaku pada masa lalu hingga membuatkan beliau tercampak ke situ. Dalam babak flashback tersebut, kita dapat melihat Hela sedang bertempur dengan sekumpulan Valkyries yang menyaksikan antagonis itu diusir ke dasar Neraka Hel dan seterusnya dihapuskan semasa proses itu berlangsung.

Valkyrie yang tinggal mungkin telah bersembunyi atau memaksa diri menjadi hamba demi menyeksa diri kerana kesilapan mereka di masa lalu. Atau mungkin merka membalas dendam terhadap bangsa Asgard sekaligus mengakibatkan Thor tidak mendapat bantuan yang sewajarnya ketika dimasukkan ke dalam arena gladiator.

Dan apabila Valkyrie mendapat tahu Hela sudah terlepas dari Hel, akan ada kebarangkalian besar beliau akan bertukar fikiran dan berpadu kuasa dengan Thor untuk mengambil alih tanah Asgard dari Hela.

 

7 | Loki Berpihak pada Siapa? 

Foto-foto dari set penggambaran telah mengesahkan bahawa Loki akan bersama Thor di bumi setelah memohon bantuan Doctor Strange mencari Odin yang hilang.

Dan disitulah juga nanti Thor akan mengetahui akan kebenaran tentang siapakah yang sebetulnya duduk di singgahsana takhta Asgard kini. Bilakah babak ini akan berlangsung, tidak dapat kami nyatakan dengan tepat. Dan kehadiran treler ini nampaknya sama sekali tidak membantu langsung.

Namun begitu, kita seakan-akan dapat melihat Loki sedang bertempur dengan angkatan perang Asgard di sisi askar-askar Hela dan juga kelibat beliau menyaksikan pertempuran arena di antara abang tirinya, Thor melawan Hulk.

Adakah itu hanyalah helah Loki semata sementara dapat membebaskan Thor atau adakah ianya muslihat lebih licik yang dirancang bersama Hela untuk rancangan lebih besar di masa akan datang?

Sama-sama kita tunggu dan lihat.

 

6 | Skurge!

Sekiranya ada yang mengelip mata, pasti anda akan terlepas babak sesaat-dua ini.

Skurge dapat dilihat menggunakan senjata yang jelas berasal dari bumi (sepasang mesingan M-16?). Biarpun beliau cukup terkenal menggunakan kapak dalam siri komik, Marvel mungkin telah menunjukkan sebuah babak yang mungkin berunsur spoiler untuk plot filem Thor: Ragnarok. Sekiranya anda seorang peminat setia dan pengumpul komik-komik Thor, ini bukan sesuatu yang mengejutkan juga kerana Skurge kerap menggunakan senjata-senjata milik manusia bumi dan sejarah juga telah membuktikan ia memainkan peranan amat penting dalam salah satu saga Thor yang pernah dihasilkan oleh penulis dan pelukis Walter Simonson.

Dalam misi bunuh diri berhadapan Hela dan bala tenteranya, Skurge telah berjaya menyelamatkan nyawa Thor dan menggunakan kedua-dua senjata untuk mengekang serangan bertali arus sebelum terkorban di medan tempur. Ini kebarangkalian satu teori yang boleh digunapakai sekiranya ia benar-benar diambil dari sumber komik dengan pilihan senjata yang spesifik itu.

 

5 | Terperangkap di Dasar ‘Hel’!

Sepanjang treler berjalan, kita dapat melihat babak-babak ringkas di dalam ruang Neraka Hel.

Tetapi sebenarnya babak pembukaan di awal treler tersebut adalah yang paling menarik sekali. Kelihatan Thor telah berjaya keluar dari terjerumus ke Planet Sakaar dan terhumban pula ke sini. Dan apabila beliau dirantai, jelas sekali ia bukan satu petanda yang baik.

Walau bagaimanapun, kediaman asal Hela ini bakal memainkan peranan lebih besar apabila filem ini ditayangkan kelak. Ini kerana berdasarkan konsep ilustrasi yang didedahkan semasa acara San Diego Comic-Con pada tahun lalu, akan muncul Surtur yang pastinya akan mengeruhkan lagi suasana.

Besar kemungkinan Thor sengaja dicampak ke sini untuk dibaham dan dikorbankan oleh makhluk berapi itu. Tetapi apa jua boleh terjadi selagi belum ada yang pasti. Selain itu, Hel pasti akan menjadi sebuah lokasi yang cukup berbeza dari mana-mana tempat yang pernah kita lihat dalam Semesta Sinematik Marvel!

 

4 | Kemusnahan Kota Kayangan Asgard!

Selepas ‘berurusan’ dengan Thor, Hela akan seterusnya mara memberi fokus kepada serangan Kota Kayangan Asgard dan jelas sekali segala kuasa yang ada padanya akan digunakan untuk membenam kediaman asal dewa-dewa itu. Ini sekaligus akan meletakkan beliau sebagai salah seorang penjahat paling digeruni dalam Semesta Sinematik Marvel setakat ini dan berkemungkinan lebih besar dalam perjalanan menuju filem Avengers: Infinity War tahun hadapan.

Banyak spekulasi yang meramalkan kedatangan Thanos ke Asgard dan bersekutu dengan Hela. Tambahan lagi, filem ini akan hampir langsung berkesinambungan dengan filem ketiga Avengers itu selepas selingan filem Black Panther.

Dan menurut hikayat pagan bangsa Skandinavia dan mitologi Norse, Ragnarök bermaksud malapetaka yang bakal berlaku di masa hadapa sehingga mengakitkan kematian Odin, Thor, Loki, heimdall, Týr, Freyr dan ramai lagi dewa-dewa dari atas kayangan sana.

Apapun jua yang bakal berlaku, masa depan Asgard tampak kelam dan tenggelam setakat ini.

 

3 | Heimdall Hidup sebagai Pelarian!

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, akan hanya ada segelintir sahaja yang berjaya melepaskan diri dan terus hidup dari serangan Hela. Dan antara yang tertinggal adalah Hulubalang Heimdall lakonan Idris Elba.

Bukan sahaja beliau dapat meloloskan diri kerana tugas hakikinya mengawal gerbang pintu masuk Asgard mendatari Jambatan Pelangi tetapi jauh lebih kebal serta kental dari itu. Biarpun wujud babak mimpi ngeri ciptaan Scarlet Witch dalam satu babak semasa Avengers: Age of Ultron, ternyata ia hanyalah bayangan gurauan.

Malah sekiranya benar teori ramai peminat yang mengatakan beliau adalah Permata Roh (Soul Gem) yang bakal melengkapkan kuasa Infinity Gauntlet, Thanos sudah hampir pasti hadir dan bakal mengorbankan Heimdall sendiri. Sekaligus memberikan alasan kukuh untuk Thor bersatu semula dengan pasukan Avengers dalam Avengers: Infinity War demi menumbangkan musuh bertubuh agam tersebut.

 

2 | Mjolnir Hancur Lebur!

Babak di atas pernah diuar-uarkan sebelum ini.

Namun apabila dapat dilihat dengan jelas dan nyata, memamg satu perasaan yang cukup berbeza!

Memang termaktub bahawa Mjolnir adalah salah satu senjata paling ampuh dan luarbiasa sekali pernah wujud di seluruh alam ciptaan Marvel. Maka kemampuan Hela untuk menghancurkannya tanpa mengalirkan setitik peluh sudah cukup membuktikan antagonis tersebut adalah cukup menggerunkan.

Bertitik tolak dari sinilah nanti, Thor akan dicampak ke Planet Sakaar dan bertukar identiti dengan berambut krew pendek serta hanya bersenjatakan pedang dan perisai besi biasa.

Tukil Sakti Mjolnir pernah dimusnahkan dan dipulihkan beberapa kali menerusi sejarah kemunculan komik. Tetapi selagi Odin tidak kembali berkuasa di tanah Asgard, kita akan terus melihat Thor seperti itu sehingga filem Avengers: Infinity War ditayangkan kelak tahun hadapan.

 

1 | ‘Planet Hulk’!

Tanpa syak lagi, ini adalah babak yang paling dinantikan ramai dalam treler sulung rasmi Thor: Ragnarok.

The Incredible Hulk menentang The Mighty (Unworthy) Thor.

Biarpun Dewa Petir Asgard itu pada mulanya nampak gembira melihat kemunculan teman seangkatannya dari Avengers, semua itu hanya dirasakan cepat berubah dan seketika apabila adiwira Gergasi Hijau tersebut merempuh terus ke arah Thor tanpa ada alasan yang munasabah.

Apa yang berlaku sebelum dan selepas babak tersebut, hanya bakal terjawab apabila filem ini ditayangkan.

Satu fakta menarik yang dirasakan dapat menaikkan semangat peminat dan penonton adalah Thor kali ini akhirnya ada memakai perisai keledar kepala: Satu identiti yang sinonim dengan watak tersebut dan hanya dapat dilihat beberapa minit dalam filem pertama Thor (2011) hampir 6 tahun dahulu!

Selain sebab yang lebih praktikal, diharapkan ia dapat dikekalkan untuk masa-masa yang akan datang.

Dan sudah tentu seragam perisai Hulk dan bagaiman beliau boleh terkandas bersama dengan Thor di arena Grandmaster berkemungkinan ada kaitan dengan siri komik Planet Hulk yang pernah terbit pada tahun 2006 sebelum ini.

Thor: Ragnarok akan berada di pawagam seluruh dunia pada 3 November, 2017.

Last modified: April 13, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *