Treler Sulung Rasmi Filem STAR WARS: THE LAST JEDI Dilancarkan Esok?

180

Written by:

Tahun lalu, Disney and Lucasfilm telah memilih program bual bicara Good Morning America (GMA) untuk melancarkan treler pertama bagi filem Rogue One: A Star Wars Story.

Dan apakah inisiatif tersebut bakal dilakukan untuk filem Star Wars Episode VIII: The Last Jedi juga untuk tahun ini?

Entri terbaharu dari akaun Twitter rasmi GMA bakal mengumumkan satu pendedahan besar menjelang pagi esok menerusi program popular sukaramai itu.  Star Wars Celebration 2017 akan berlangsung di Orlando, Florida pada minggu ini dan ada kemungkinan besar sebuah treler teaser akan ditayangkan sebelum pendedahan treler penuh semasa acara rasmi pada hujung minggu.

Video Twitter itu juga turut mengumumkan kehadiran Mark Hamill dan Daisy Ridley yang dilabel sebagai “Pengumuman Star Wars 40 tahun dalam pembikinan“.

Apapun jua pengumuman tersebut, sila ikuti perkembangan dan kemaskini kami di JEDA.MY dari masa ke semasa untuk pelancaran treler sulung rasmi Star Wars Episode VIII: The Last Jedi.

Video Twitter GMA yang terbahari itu dapat anda tonton di bawah ini:

Star Wars Episode VIII: The Last Jedi akan berada di pawagam seluruh dunia pada 15 Disember, 2017.

Last modified: April 11, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *