2019 Bakal Saksikan ENAM Filem Aksi-Hidup dan Animasi Batman!

188

Written by:

AnimasiFilemKomikSemasa

Matlamat perancangan dan masa hadapan Semesta Sinematik DC Comics nampaknya masih belum jelas.

Namun khabar-khabar angin yang disebarkan menerusi laman web Reddit dan 4Chan telah melaporkan bahawa banyak projek besar untuk Batman menjelang tahun 2019. Biarpun masih belum disahkan secara rasmi oleh mana-mana pihak, ia tetap boleh diambil sebagai satu sumber maklumat yang menarik.

Dengan ulangtahun ke-80 bakal disambut oleh watak kegemaran ramai ciptaan Bob Kane pada tahun itu, pelan semasa adalah projek filem The Batman, Batgirl, Nightwing dan juga Gotham City Sirens untuk tayangan di pawagam. Manakala untuk filem animasi pula, kita bakal dapat menyaksikan siri adaptasi komik Batman: The Long Halloween dan sebuah lagi filem animasi yang belum berjudul rasmi untuk format DVD dan Blu-ray.

Ada beberapa lagi ‘ketirisan’ projek yang didedahkan tetapi judul-judul di atas adalah di antara yang paling mencuri perhatian. Dan apakah kita juga bakal dihidangkan dengan jalan cerita yang bersaling-kaitan (interconnected) diantara kesemua filem-filem itu?

Ini semua adalah kebarangkalian. Kerana DC Comics dan Warner Bros. Pictures tidak semantap Marvel Studios dalam merencana dan menyusun semua aturan projek filem mereka. Apa pula pendapat anda?

Komen seperti biasa dalam ruangan di bawah.

Last modified: April 10, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *