Watak Sylvester Stallone Tertiris dalam GUARDIANS OF THE GALAXY VOL. 2?

309

Written by:

AMARAN: Kandungan entri dengan spoiler menyusul.

Berdasarkan sumber dari sebuah laman web dari Itali iaitu MoviesBook.it, ia telah berkongsi sebuah Tweet yang mengandungi siaran media antarabangsa untuk filem Guardians of the Galaxy Vol. 2.

Dan di dalamnya, terdedah keseluruhan nama lengkap untuk semua barisan pelakon filem tesebut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sekilas pandang, ia seperti sebuah senarai rutin pelakon untuk mana-mana filem yang bakal ditayangkan di pawagam.

Sehinggalah kita dapat melihat nama pelakon ternama yang cukup popular menerusi filem Rocky dan Rambo iaitu Sylvester Stallone. Nama beliau disenaraikan sebagai sebuah watak dengan nama Stakar.

Dan sekiranya anda seorang pembaca dan pengkut setia siri komik Marvel sejak sekian lama, nama Stakar Ogord adalah identiti kepada watak klasik STARHAWK!


Sebelum ini, pengarah James Gunn ada menyebut bahawa Starhawk merupakan salah satu dari watak kegemarannya dalam pasukan Guardians of the Galaxy sejak zaman remaja. Dan selang beberapa bulan setelah kenyataan itu dibuat, dia telah mengakui akan memperkenalkan watak tersebut dalam sekuel filem tersebut. Tidak seperti asal-usul Yondu yang telah diubah untuk versi filem, Starhawk dikatakan adalah anggota kumpulan Ravager yang berpangkat tinggi serta bakal menjadikan jalan cerita Guardians of the Galaxy Vol. 2 ini lebih menarik.

Mengenai kaitan hubungan watak Stylvester Stallone dan Michael Rosenbaum (Lex Luthor dalam Smallville, The Flash dalam siri animasi Justice League) yang disebut oleh pengarah James Gun sebagai amat ‘rapat’, ramai peminat telah mula membuat spekulasi dan berpendapat bahawa kita akan dapat menyaksikan pasukan Guardians of the Galaxy versi awal asal komik. Malah, mereka semua dikatakann telah menjadi ketua tertinggi untuk setiap pasukan Ravager masing-masing. Sebelum ini, seorang lagi pelakon popular 80an iaitu Sharon Stone telah mendedahkan serba-sedikit peranan dalam filem tersebut dengan melakonkan satu watak kosmik Marvel dengan kuasa api dan haba.

Bukti ini seolah-olah mengukuhkan teori yang ianya sama seperti kuasa luarbiasa yang dimiliki oleh dua orang lagi anggota asal iaitu Aleta Ogord (isteri Starhawk) dan Nikki Gold.

Untuk Michael Rosenbaum, ramai yang menjangkakan beliau akan memegang peranan sebagai Vance Astro, Martinex T’Naga atau Charlie-27: Semua anggota pasukan asal Guardians of the Galaxy daripada era 70an.

 Guardians of the Galaxy Vol. 2 akan berada di pawagam seluruh dunia pada 5 Mei, 2017.

Last modified: April 7, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *