Pandang Pertama Poster Teaser dan Sinopsis Rasmi Filem KINGSMAN: THE GOLDEN CIRCLE!

234

Written by:

Hary Hart dan Eggsy kembali!

Sementara menantikan pelancaran treler rasmi sulung untuk filem Kingsman: The Golden Circle arahan Matthew Vaughn (Kick-Ass, X-Men: First Class), pihak 20th century Fox telah mendedahkan sebuah poster teaser dan sinopsis rasmi untuk sekuel kepada filem adaptasi komik karya Mark Millar dan Dave Gibson tahun 2015 itu.

Biarpun tidak banyak yang dapat diceritakan tentang poster baharu ini, ia memberikan gambaran (andaian) bahawa watak Harry Hart (Colin Firth) akan kembali di samping protege beliau, Eggsy (Taron Egerton) serta penamaan barisan pelakon-pelakon utama baharu yang lain.

Poster teaser sulung filem tersebut boleh anda lihat di bawah ini:

Manakala sinopsis yang diberikan mendedahkan kepada kita idea lebih jelas apa yang kita ramalkan untuk plot cerita filem ini:

“Kingsman: The Secret Service introduced the world to Kingsman – an independent, international intelligence agency operating at the highest level of discretion, whose ultimate goal is to keep the world safe. In “Kingsman: The Golden Circle,” our heroes face a new challenge. When their headquarters are destroyed and the world is held hostage, their journey leads them to the discovery of an allied spy organization in the US called Statesman, dating back to the day they were both founded. In a new adventure that tests their agents’ strength and wits to the limit, these two elite secret organizations band together to defeat a ruthless common enemy, in order to save the world, something that’s becoming a bit of a habit for Eggsy.”

Kingsman: The Golden Circle akan berada di pawagam pada 29 September, 2017.

Last modified: March 30, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *