Watak Lupita Nyong’o, Letitia Wright, Forest Whitaker dalam BLACK PANTHER Didedahkan!

236

Written by:

Disney tidak menayangkan sebarang prebiu filem Black Panther semasa panel CinemaCon 2017 malam tadi.

Tetapi mereka telah mengesahkan secara rasmi nama-nama watak utama yang bakal dilakonkan oleh bintang ternama sepertimana telah disahkan sebelum ini untuk filem solo Pahlawan dan Raja Wakanda Ulung itu.

Antara nama yang disebut adalah Danai Gurira sebagai Hulubalang Dora Milaje bernama Okoye, manakala Lupita Nyong’o memegang peranan sebagai Nakia yang pada asalnya berkhidmat untuk T’Challa dan akhirnya berpaling tadah serta menjadi seteru bersama Erik Killmonger lakonan Michael B. Jordan. Forest Whitaker juga turut disahkan sebagai salah seorang sahabat lama ayahanda T’Chaka dengan nama Zuri.

Namun seperti yang telah dijangka oleh ramai peminat komik dan filem, berita terbesar hadir apabila Letitia Wright diberi peranan sebagai Shuri, adik tiri T’Challa dan sekutu beliau yang paling kuat.

Malah di dalam siri komik Marvel, Shuri juga pernah memakai gelaran Black Panther di samping T’Challa.

Sebagai bonus, sebuah video amatur telah tular di media sosial dari set penggambaran filem tesebut yang kini berada di Korea Selatan seperti yang dapat dilihat di bawah ini:

Black Panther akan berada di pawagam seluruh dunia pada 16 Februari, 2018.

Last modified: March 30, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *