Tonton Treler Rasmi Sulung Filem Adaptasi Novel Stephen King, IT!

260

Written by:

BukuFilemSemasa

Perjalanan filem IT menuju ke layar pawagam bukan mudah.

Namun kisah adaptasi novel seram itu yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1986 karya penulis tersohor, Stephen King akhirnya siap dan hadir kini dengan sebuah treler sulung rasmi.

Biarpun ada satu imej Si Badut Pennywise yang muncul entah dari mana di dalam saluran longkang nampak sedikit komikal sebelum ini, semuanya akan tampak gori dan seram apabila anda sudah membaca dan lebih mengesankan apabila naskah filem ini ditayangkan kelak.

Dan ini sudah tentunya mendatangkan rasa teruja buat pengikut setia penulis yang serba prolifik itu.


Andrés Muschietti diberi tugas sebagai pengarah kepada adaptasi tersebut dan ini membuatkan ia adaptasi kedua Stephen King tahun ini selain filem The Dark Tower yang akan hadir di pawagam pada 28 Julai, 2017. Sekiranya kutipan box-office berjaya dirangsang dengan cemerlang, pelan untuk sebuah sekuel akan pasti terlaksana kerana faktor ketebalan cerita novel tersebut serta bahagian kedua cerita di mana watak utama kanak-kanak menjadi dewasa dan kembali ke pekan Derry untuk berhadapan IT sekali lagi.

Tonton treler sulung filem IT di bawah ini:

IT akan berada di pawagam seluruh dunia pada 8 September, 2017.

Last modified: March 30, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *