Tayangan Prebiu SPIDER-MAN: HOMECOMING di CinemaCon Dedah Sikap ‘Buruk Siku’ Iron Man!

293

Written by:

Ini ada satu plot twist.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nampaknya prebiu filem Spider-Man: Homecoming yang ditayangkan secara eksklusif semasa di CinemaCon 2017 semalam telah mendedahkan satu babak di mana Tony Stark/Iron Man lakonan Robert Downey Jr. sedang memarahi Peter Parker /Spider-Man lakonan kerana amat cemerkap dan cuai semasa beraksi dalam filem Captain America: Civil War (2016)!

Menerajui pentas untuk slot Marvel Studios adalah Kevin Feige selaku Presiden, Tom Holland, pengarah  Jon Watts serta penerbit dan mantan ketua Sony Pictures iaitu Amy Pascall dan penggantinya, Tom Rothman.

Menurut Presiden Marvel Studios itu, idea untuk memperkenalkan Spider-Man ke dalam Semesta Sinematik Marvel (MCU) adalah demi merealisasikan idea bahawa Peter Parker memang wujud sejak dari dulu lagi dan beliau baharu sahaja berusia 5-6 tahun ketika Tony Stark mendedahkan identiti rahsianya sebagai Iron Man (2008). Mungkin juga kita dapat melihat babak-babak lain yang akan menunjukkan Peter Parker memberi reaksi apabila melihat adiwira-adiwira lain muncul selepas itu seperti Indcredible Hulk (2008) atau penaklukan Chitauri dalam Avengers (2012).

Salah satu daripada babak menarik yang turut dikongsikan di sini adalah kesilapan Spider-Man apabila cubaan menyelamatkan sebuah feri gagal dan terus menyebabkan Iron Man muncul untuk menyelesaikan tugasnya itu. Kejadian inilah yang membuatkan Tony Stark terpaksa mengambil semula kostum/seragam Spider-Man itu kembali. Sehinggakan ada satu dialog menarik yang mana beliau ada menyebut:

Can’t you just be a friendly, neighborhood Spider-Man?

Berbeza dalam versi komik pula, Tony Stark telah memberikan Spider-Man sepasang kostum/seragam serba canggih kerana beliau telah menyebelahinya serta memilih pihak yang menentang dan memburu Captain America dalam Civil War (2006-2007). Namun akhirnya Peter Parker terpaksa beralih-arah juga kerana tindak-tanduk Iron Man menjadi semakin ekstrem sehingga membahayakan diri dan rakan-rakan Avengers yang lain seperti yang dapat dilihat menerusi petikan komik di bawah ini:

Petikan dari komik THE AMAZING SPIDER-MAN #529 (2006)

Petikan dari komik CIVIL WAR #5 (2006)

Seperti yang ramai sudah sedia maklum, sebuah treler rasmi baharu untuk filem ini akan disiarkan esok.

Spider-Man: Homecoming akan berada di pawagam pada 7 Julai, 2017.

Last modified: March 28, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *