Filem Sekuel GODZILLA: KING OF MONSTERS Bakal Tampilkan O’Shea Jackson Jr.!

179

Written by:

FilemKomikMangaSemasa

Godzilla, King Kong dan.. NWA?!

Dengan prestasi filem Kong: Skull Island yang semakin cemerlang di persada box-office di kala ini, perancangan Semesta Raksasa Legendary Pictures (KaijuVerse?) jelas sedang membuahkan hasil dan mengikut aturan studio.

Dengan kesinambungan sebuah filem sekuel dengan judul Godzilla: King of Monsters, beberapa pelakon telah disahkan penampilannya untuk penggambaran tidak lama lagi. Di antaranya adalah Vera Farmiga, Millie Bobby Brown, Kyle Chandler dan kini nampaknya bintang baharu yang menyinar bagi filem Straight Outta Compton akan turut membarisi barisan bintang di atas.

Berdasarkan sumber yang dipetik dari Variety, O’Shea Jackson Jr. sedang dalam perbincangan akhir untuk peranan pelakon utama tetapi tiada nama watak rasami yang didedahkan setakat ini.

Walaupun tiada seorang pun barisan pelakon-pelakon utama dari filem Godzilla (2014) akan kembali untuk sekuel ini, Ken Watanabe dikhabarkan akan membuat kemunculan khas untuk ‘menambahkan seri’ kepada filem tersebut.

Godzilla: King of Monsters akan berada di pawagam seluruh dunia pada 22 Mac, 2019.

Last modified: March 28, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *