10 Trivia Menarik dalam Treler Rasmi Terbaharu JUSTICE LEAGUE!

318

Written by:

10. Memperkenalkan ‘Night-Crawler’!

Penampakan jentera baharu Batman yang pernah digembar-gemburkan sebelum ini akhirnya telah kemunculan dalam treler terbaharu ini. Lebih hebat dan ganas berbanding Batmobile dan Batwing dalam Batman v Superman: Dawn of Justice, jentera pelbagai fungsi dan kenderaan taktikal tersebut telah diberi jolokan nama ‘Night Crawler’.

Keperluan Batman yang nampaknya semakin mencabar dalam filem ini nampaknya telah mewujudkan sebuah jentera/kenderaan luarbiasa dan membolehkannya membantu anggota Justice League yang lain sepertimana dapat dilihat menerusi babak di atas!

 

9. Pesuruhjaya James Gordon!

Satu penampilan dan kejutan terbesar dalam treler Justice League ini adalah dengan penampilan tidak diduga oleh J.K. Simmon sebagai Pesuruhjaya James Gordon.

Pelakon yang pernah menerima Anugerah Academy menerusi filem Whiplash (2014) dan juga membintangi filem trilogi Spider-Man (2002-2007) sebagah Editor J. Jonah Jameson, kelihatan amat sempurna sekali membawakan watak Ketua Polis Gotham tersebut. Kita tahu bahawa Robin pernah wujud dalam Semesta Sinematik DC Comics tetapi dialog Pesuruhjaya James Gordon tentang Batman mungkin merujuk kepada bekas sidekick beliau itu dan selain laporam The Hollywood Reporter bulan lali tentang filem solo Nightwing yang dikatakan berkesinambungan juga dengan filem ini.

Apakah ini turut memungkinkan kewujudan Batgirl, Catwoman dan keluarga Batman yang lainnya di dalam Kotaraya Gotham?

 

8. Parademons!

Belum ada tanda-tanda kedatangan Steppenwolf atau Darkseid untuk treler Justice League kali ini.

Tetapi kemunculan askar Parademons hadir memberikan ancaman yang cukup berkesan. Jelas sekali, mereka merupakan pasukan mahkluk asing yang sama diperlihatkan dalam filem Batman v Superman: Dawn of Justice, cuma kali ini ia tampak lebih agresif dan ganas. Wonder Woman juga dilihat telah berjaya ditumbangkan oleh salah satu daripada Parademons ini sebelum Batman datang menyelamatkan keadaan.

Dan untuk peminat komik, babak-babak yang diambil persis seperti bagaimana Parademons kali pertama muncul dalam komik Justice League (versi New 52) hasil tulisan Geoff Johns dan lukisan oleh Jim Lee.

Malah kita juga dapat menyaksikan kemampuan mereka untuk terbang dan apabila di daratan, mereka seolah-olah memiliki perisai yang membuatkan mereka lebih ampuh ketika bertempur. Mungkin ini adalah antara punca utama Batman telah mengemaskini kostum beliau demi berhadapan dengan serangan Parademon.

 

7. Perang Zaman Berzaman!

Salah satu daripada babak epik yang hadir dalam treler Justice League ini adalah apabila jutaan bala tentera Parademon dilihat sedang bertempur dalam satu medan perang menentang angkatan pahlawan-pahlawan Amazon. Ramai di antara kita mungkin beranggapan Wonder Woman telah meminta bantuan rakyatnya untuk tampil menentang kemaraan Steppenwolf, namun ia sebenarnya merupakan sebuah babak imbasan lampau (flashback) yang dikhabarkan bakal menjadi penggerak kepada filem ini.

Di sini, manusia dengan paduan bangsa Atlantis dan Amazon telah bergabung tenaga serta kuasa demi menumbangkan Darkseid semasa percubaan pertamanya menakluki bumi. Dan babak di atas dikatakan akan mendedadkan mengapa Steppenwolf telah memulakan serangan tesebut dan peri-pentingnya Mother Box.

Sama ada babak ini berlaku di bumi pada zaman sekarang atau di planet Apokolips atau di mana-mana sekalipun, ia tetap diramal sebagai sebuah babak imbasan lampau.

 

6. ‘Mother Box’!

Dalam Batman v Superman: Dawn of Justice, kita telah melihat ayah kepada Victor Stone menggunakan Mother Box untuk menyelamatkan nyawa anak beliau dengan menjadikannya Cyborg. Khabar angin ada menyebut bahawa Justice League bakal berputar sekitar plot bagaimana Steppenwolf berusaha untuk mencari ketiga-tiga Mother Box. Dan sehingga kini peminat telah meramalkan Cyborg telah menjadi sasaran utama sepertimana Thanos akan mendapatkan Pertama Infinity daripada Vision dalam Avengers: Infinity War.

Namun jika dilihat dengan teliti, treler ini memberikan gambaran yang sebaliknya apabila sebuah Mother Box dilihat tersorok di kediaman Silas Stone di sebalik trofi dan piala milik Victor Stone. Ini sekaligus telah menimbulkan banyak persoalan.

Adakah ianya telah berjaya ‘menghidupkan’ Cyborg dan kemudiannya kembali kepada rupabentuk asal?

Ini hanya satu teori kerana ada kemungkinan juga ayah kepada Cyborg itu juga telah menemukan sebuah lagi Mother Box. Apa pun jua, jelas sekali beliau bakal diculik atau dibunuh oleh seekor askar Parademon seperti yang terlihat di dalam treler.

 

5. Mera dan Atlantis!

Ramai yang sudah sedia maklum Justice League akan membawa kita buat pertama kali ke dasar Benua Atlantis dan kita telah dapat melihat secara ringkas lokasi lokasi ikonik dunia DC Comics tersebut menerusi treler baharu ini. Kita dapat melihat Mera diiringi dengan dua Pengawal DiRaja Atlantis dan satu lagi adalah babak di mana Aquaman berenang berlatarbelang tempat asalnya itu.

Lebih daripada itu, tidak banyak yang didedahkan tentang Mera mahupun Atlantis. Tetapi ia jelas sekali membuktikan bahawa Arthur Curry/Aquaman merupakan salah seorang daripada anggota pasukan Justice League yang paling kuat!

 

4. ‘Speed Force’!

Berdasarkan sejarah komik, Speed Force secara lazimnya telah divisualkan dengan warna kuning.

Namun ianya telah ditukar dengan begitu ketara untuk filem ini.

Janaan arus elektrik yang menyelubungi Flash adalah biru dalam Justice League. Dan ini sedikit-sebanyak (dan secara tidak langsung) mungkin dipengaruhi oleh versi televisyennya lakonan Grant Gustin. Selain kesan visual yang tampak lebih menarik, pihak Warber Bros. mahukan impak berbeza untuk versi televisyen dan filem.

Sebagai bonus tambahan, kita dapat perhatikan bagaimana versi Flash lakonan Ezra Miller dilihat lebih laju daripada versi televisyen lakonan Grant Gustin. Selain itu, kita juga dapat melihat Barry Allen menziarahi bapanya di dalam tahanan penjara. Watak Henry Allen dipegang oleh Billy Crudup yang sebelum ini pernah bergandingan bahu bersama pengarah Zack Snyder kerana pernah beraksi sebagai Dr. Manhattan menerusi Watchmen hampir sedekan yang lalu.

 

3. Wajah Baharu Cyborg!

Ramai yang agak terkejut dan terkesima dengan penampilan Cyborg yang sebelum ini dan sekarang.

Mungkin tayangan filem Justice League yang lama lagi iaitu pada hujung tahun 2017 akan memberikan kesempatan kepada pihak Warner Bros. dan Zack Snyder untuk memantapkan lagi sahsiah rupadiri Victor Stone/Cyborg kelak. Pengarah tersebut telah membuat keputusan untuk menghasilkan watak CGI penuh dan hasilnya masih terdapat sedikit kecacatan. Dalam beberapa babak, Cyborg nampak seperti seorang watak untuk permainan video dan tidak sesuai untuk skop sinematik di pawagam.

Selain itu, kuasa yang wujud pada Cyborg adalah luarbiasa dan amat perlu untuk misi-misi terkini Justice League untuk ancaman abad ke-21. Salah satu pembaharuan ketara adalah keledar muka Cyborg yang telah diperbaharui bagi mara ke angkasa lepas atau lokasi-lokasi di luar bumi.

Satu kemaskini hebat untuk membantu beliau berdiri setanding anggota-anggota Justice League yang lain.

 

2. Maharaja Aquaman!

Semasa Jason Momoa dipilih sebagai Aquaman, ramai yang tidak berasa teruja.

Biarpun portfolio lakonannya semakin lama semakin mantap (Conan the Barbarian, Game of Thrones, Frontier), peminat-peminat tetap sangsi akan kemampuannya untuk membawa watak Mahraja Atlantis itu. Apatah lagi untuk menghadirkan impak yang besar kepada filem Justice League. Dengan kedatangan treler ini, maka segala keraguan itu makin lama makin menghilang kerana watak Jason Momoa itu berjaya mencuri perhatian serta memberi menjamin bahawa Aquaman adalah setanding adiwira klasik lain seperti Batman dan Wonder Woman.

Treler ini banyak menghadirkan banyak babak-babak menarik dan dialog-dialog mencuit hari daripada Aquaman. Malah salah satu tarikan utama adalah dinamik hubungan beliau dengan Bruce Wayne/Batman yang jarang-jarang dilihat menerusi semua naskah komik Justice League sejak sejarah 57 tahun penubuhannya.

Paling mencuit hati sudah tentu babak di mana beliau seolah-olah menggunakan Batmobile sebagai papan peluncur (surfboard) sebelum beraksi hebat menentang sekumpulan Parademon!

 

1. Masih tiada kelibat Superman.

Mati? Tidak mati?

Muncul? Tidak muncul?

Sama ada Superman sempat membuat kemunculan dalam mana-mana treler sebelum Justice League ditayangkan secara rasmi di pawagam kelak, itu masih menjadi tanda tanya.

Tetapi kami tetap yakin bahawa Justice League tanpa Superman adalah ibarat Avengers tanpa Captain America.

Atau sebagai analogi kita di sini, mungkin juga umpama Laksamana Melaka Lima Bersaudara tanpa Hang Tuah.

Apa pula pendedahan atau babal paling menarik buat anda untuk treler terbaharu Justice League ini? Seperti biasa, kongsikan pendapat dan pandangan anda menerusi ruangan komen di bawah ini.

Justice League akan berada di pawagam seluruh dunia pada 17 November, 2017.

Last modified: March 27, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *