Tonton Treler Rasmi Terkini Filem JUSTICE LEAGUE!

448

Written by:

Yang ditunggu-tunggu kini sudah tiba.

Selepas lima video teaser mini yang dipertontonkan sepanjang 48 jam yang lalu, pengarah Zack Snyder akhirnya telah mendedahkan treler teaser rasmi sulung untuk magnum opus terbaharu beliau yang berjudul Justice League. Ia menampilkan lima adiwira bertaraf elit DC Comics yang bersatu dan berpadu kuasa untuk menentang sekumpulan makhluk Parademons dan ancaman musuh yang lebih besar daripada itu.

Kita juga diperlihatkan dengan pandang pertama watak-watak baharu yang di bawa oleh Amber Heard sebagai Permaisuri Mera dan juga J.K. Simmons sebagai Pesuruhjaya James Gordon.

Tetapi masih belum menampakkan lagi kelibat Superman yang kali terakhir disahkan ‘meninggal dunia’ sejak pengorbanannya dalam Batman v Superman: Dawn of Justice.

Tonton treler teaser rasmi sulung filem Justice League tersebut di bawah ini:

Justice League akan berada di pawagam seluruh dunia pada 17 November, 2017

Last modified: March 25, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *