Laporan Polis Dibuat Terhadap Tayangan Filem BEAUTY AND THE BEAST!

235

Written by:

Kontroversi filem Beauty and the Beast yang melanda Malaysia sebelum ini nampaknya telah kembali dan masih belum berakhir.

Pada hari ini, pihak polis telah menerima aduan berkenaan isu yang membabitkan babak homoseksual/gay apabila laporan telah dibuat menentang tayangan filem tersebut menjelang minggu hadapan oleh beberapa badan serta organisasi bukan kerajaan (NGO).

Aduan telah dibuat oleh Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah, Pengerusi Dewan Ekonomi dan Sosial Malaysia (DESMMA), Mohd Fazil Abdullah dan Pengerusi Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay berdasarkan sumber yang dipetik dari BERNAMA.

Ketiga-tiga gabungan NGO tersebut telah membuat laporan rasmi di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi selepas filem yang sepatutnya ditarik balik tayangannya dan kemudian telah menerima kelulusan semula untuk tayangan tanpa sebarang suntingan. Dalam aduan yang dibuat, ia ada menyebut bahawa “..filem tersebut telah melanggar nilai keagamaan dan budaya masyarakat Malaysia”.

Berikut adalah kenyataan media dan petikan video ehsan dari KiniTV:

Beauty and the Beast kini telah dipinda untuk tarikh tayangan rasmi 30 Mac, 2017.

Last modified: March 24, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *