BEAUTY AND THE BEAST Kini Lulus Semula untuk Tayangan Seluruh Malaysia Tanpa Sebarang Suntingan!

255

Written by:

Peminat filem Beauty and the Beast di Malaysia akhirnya boleh menghela nafas lega.

Sumber yang kami perolehi sebentar tadi telah mengesahkan bahawa pihak Tanjong Golden Village (TGV) yang diwakili Ketua Pemasaran, Celeste Koay bakal menayangkan filem tersebut secara rasmi pada tarikh baharu 30 Mac, 2017.

Sehubungan itu, satu lagi sumber ada melaporkan akan permohonan rayuan yang difailkan pihak The Walt Disney Co. (Malaysia) Sdn Bhd. untuk babak berunsur homoseksual yang disunting Lembaga Penapisan Filem (LPF) sebelum ini telah lulus untuk tayangan tanpa sebarang tapisan.

Ahli Jawatankuasa Rayuan Filem berkata pertemuan mereka awal hari ini telah melakukan rebiu semula filem tersebut rentetan rayuan yang difailkan pihak Disney sebelum kontroversi tersebut melanda.

LPF terdahulu mengumumkan telah meluluskan tayangannya dengan klasifikasi ‘PG13’ dengan suntingan babak dengan aksi berunsur gay.

Filem tersebut asalnya dirancang untuk tayangan rasmi seluruh Malaysia pada 16 Mac, 2017. Tetapi pada tanggal 13 Mac lalu, pihak Disney Malaysia telah memberitahu bahawa beberapa pawagam telah menarik balik slot tayangannya untuk suntingan dan rebiu dalaman.

Last modified: March 21, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *