Filem POWER RANGERS Pula Perkenalkan Anggota Homoseksual!

653

Written by:

FilemSemasaTV

Setelah kontroversi watak gay dalam filem Beauty and the Beast hangat diperkatakan, kini akan muncul pula watak lesbian dalam filem reboot Power Rangers.

Menurut sumber yang dipetik dari The Hollywood Reporter, ini merupakan filem superhero berbajet besar pertama yang akan menampilkan seorang watak protagonis LGBT sebagai teraju utama. Beliau yang dimaksudkan itu adalah Trini, Si Renjer Kuning. Pendedahan tersebut dilaporkan hanya sebagai satu babak kecil dalam filem tersebut namun tetap menarik perhatian menjelang separuh masa kedua filem tersebut.

Trini yang dilakonkan oleh Becky G digambarkan sebagai seorang remaja yang mengalami isu teman lelaki tetapi yang sebenarnya adalah lebih kepada isu ‘teman wanita’.

Menurut pengarah filem tersebut, Dean Israelite:

“For Trini, really she’s questioning a lot about who she is. She hasn’t fully figured it out yet. I think what’s great about that scene and what that scene propels for the rest of the movie is, ‘That’s OK.’ The movie is saying, ‘That’s OK,’ and all of the kids have to own who they are and find their tribe.”

Reboot kepada Mighty Morphin Power Rangers yang pernah popular sekitar tahun 1990an itu turut dibintangi Dacre Montgomery sebagai Renjer Merah, Naomi Scott sebagai Renjer Meraj Jambu, Ludi Lin sebagai Renjer Hitam, R.J. Cyler sebagai Renjer Biru, Bryan Cranston sebagai Zordon dan Elizabeth Banks sebagai Rita Repulsa.

Power Rangers akan berada di pawagam seluruh dunia pada 23 Mac, 2017.

Last modified: March 21, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *