Pawagam di Kuala Terengganu Kembali Beroperasi Setelah Dua Dekad ‘Hilang’!

327

Written by:

Penantian lebih 20 tahun sejak 1995 untuk kewujudan pawagam di Kuala Terengganu kini telah berakhir.

Pawagam Lotus Five Star (LFS) akan beroperasi dan menayangkan filem-filem kegemaran serta ‘kegeraman’ ramai tetapi dengan satu syarat: Kesemua panggung wayang akan dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) untuk memastikan berkelakuan baik sepanjang masa.

Menurut sumber yang dipetik dari sebuah akhbar tempatan berbahasa Cina, Pengurus Projek dan Perkembangan Niaga LFS, Mohamad Shah Abdul Aziz menyatakan bahawa usaha dan inisiatif mereka memasang CCTV adalah bagi mengelakkan gejala tidak bermoral. Ini adalah kerana syarikat tersebut faham akan kehendak penguatkuasa negeri tentang yang bimbang serta khuatir akan perkara negatif dan kejadian kurang bermoral yang boleh berlaku terutama sekali apabila berada di ‘tempat gelap’.

Namun begitu menurut beliau lagi, tidak akan ada pengasingan di antara penonton lelaki dan perempuan. Malah lampu limpah juga tidak akan dipasang semasa filem sedang ditayangkan. Tambahnya lagi:

“CCTV kami boleh merakam apa yang berlaku di dalam gelap dengan jelas. Oleh itu, sekiranya ada pihak yang berkelakuan tidak sopan, aksi mereka akan dirakam dan ini akan meyakinkan pihak berkuasa dalam operasi perniagaan kami”

Menurut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), tayangan filem terakhir akan dijangka tamat sebelum jam 1 pagi kecuali hari Khamis apabila pawagam ditutup pada jam 6 petang dan dibuka semula pada jam 3 petang hari Jumaat.

Semasa bulan Ramadan, MBKT mengarahkan pawagam yang terletak di Paya Bunga Sentral itu menutup semua dewan tayangan dari jam 6 petang hingga 9 malam. Untuk hari-hari kebesaran Islam seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Haji dan Maulidur Rasul, pawagam hanya boleh beroperasi hingga jam 6 petang dan dibuka semula pada hari berikutnya pada jam 2 petang.

Dan buat pertama kali, pihak LFS telah menyediakan ruang solat di dalam premis pawagam selain bilik persalinan dan bilik penukar lampin.

Hanya enam dewan tayangan kini beroperasi dengan lima lagi dijangka siap tidak siap tidak lama lagi.

 

Last modified: March 20, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *