Foto Belakang Tabir IRON FIST Dedah Kelibat Kostum Klasik Komik!

214

Written by:

KomikSemasaTV

Siapa peka dan perasan, dia akan nampak.

Ramai yang sudah sedia maklum bahawa watak utama Danny Rand tidak akan mengenakan kostum/seragam untuk Musim Pertama siri televisyen terbitan Netflix/Marvel berjudul, Iron Fist.

Namun begitu, buat mereka yang sudah pun tamat menonton keseluruhan 13 episod slot drama adaptasi komik tersebut pasti akan dapat melihat satu lagi watak yang telah mengenakan kostum itu.

Dalam satu jalan cerita, Danny Randy telah ditunjukkan jelmaan Senjata Hidup (The Living Weapon) versi terdahulu menumbangkan beberapa orang askar yang merusuh masuk ke dalam kota mistik K’un-Lun. Dengan hanya dapat melihat dengan warna hitam putih, hari ini pelakon yang watak tersebut iaitu Johnny Yang telah berkongsi sebuah imej menerusi akaun rasmi Instagram beliau untuk pandangan lebih jelas.

Lihat imej tersebut di bawah ini:

The day it was just the IronFist brothers. #ironfist #asians #stunts #hitzinternational

A post shared by Johnny Yang (@yangnotyin) on

Bila dan apabila teraju utama yang dibawa oleh Finn Jones (Game of Thrones, The Defenders) akan muncul dengan kostum lengkap kelak, sudah pasti para penonton akan dapat melihat kostum yang berbeza daripada apa ayang dapat kita saksikan di atas ini. Tetapi ia cukup mendatangkan kerterujaan di hati peminat.

Semua episod Iron Fist (Musim Pertama) kini sedang disiarkan menerusi strim saluran Netflix.

Last modified: March 20, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *